Thursday, April 8, 2010

catatan ari ini

semalam aku bertunGku lumus membuat assignment transport untuk di presentkan esok sehingga tidak tidur langsung pada malam tu......tapi malangnya kelas terpaksa dibatalkan setelah hampir satu jam aku menunggu lecturer datang. dan akhirnya aku mendapat mesej dari beliau bahawa dia terlupa dan menghadiri meeting pada pagi itu....................semalam juga aku dan rakan2 agak terkilan kerana gagal untuk menarik perhatian juri dalam pertandingan video marketing walaupun video kami di antara yang terbaek......tpi walaupun video kami tidak menang tapi lecturer kami amat suka dengan persembahan kami semalam......lagi satu video kami adalah video paling last dan sungguh special pada malam itu.........bangga juga lah hati ni.....

Tuesday, April 6, 2010

Jeritan Siksa Kubur

Ada satu kisah yang disebarkan di Nusantara ini oleh beberapa pihak (orang
Islam) mengenai seorang saintis Rusia bernama Dr. Azzacove yang telah secara
tidak sengaja terakam suara-suara jeritan yang sedang mengalami siksaan jauh
di bawah bumi. Beliau diberitakan memperoleh rakaman itu menggunakan
'super-sensitive microphone'. Saya sendiri telahpun mendengar rakaman yang
dikatakan itu dan mendapati bahawa bunyinya memanglah agak menyeramkan.

Dua orang anak lelaki saya sendiri telah memberitakan hal ini kepada saya.
Menurut mereka, kisah 'bunyi siksa kubur' ini telah diceritakan oleh 'guru'
atau 'motivator' Muslim dalam kursus motivasi yang mereka hadiri (dari dua
kursus motivasi yang berasingan). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda
boleh muat-turun 2 rakaman suara jeritan siksa kubur (.mp3) itu melalui
pautan berikut:

Berikut saya salinkan isi kandungan antara laman-laman web yang menyebarkan
berita ini:
Petikan Kisah Dari Laman Di Malaysia
Suara-suara manusia yang tidak sengaja dirakamkan di lapisan kerak/perut
bumi. Suara-suara yang ter'rakam' ini sungguh gerun dan seolah-olah sedang
diseksa.

Penemuan terakhir ini adalah penemuan yang sangat mengejutkan pendengaran
kami, dengan penemuan ini banyak dari peneliti kami yang berhenti dari
pekerjaan ini kerana ketakutan.

Pada awalnya kami hanya hendak mendengarkan pergerakan bumi dengan interval
tertentu dan mendengarkan Super Sensitive Microphone yang masuk ke dalam
bilik-bilik atau lubang-lubang bumi dan reruntuhan galian.

Pada awalnya kami menyangka apa yang kami dapat itu adalah geselan dari
alat-alat kami pada dinding-dinding perut bumi, tetapi suara ini
menghancurkan seluruh logika kami.

Setelah beberapa penyesuaian kami mendapat kesimpulan bahawa suara ini
berasal dari interior bumi, jadi seakan-akan di dalam perut bumi ini ada
ruang lain yang berbeda dari tempat yang kami gali, dan dari ruangan
tersebutlah kami tidak mempercayai apa yang kami dengar.

Kami mendengar dari ruang bumi yang lain itu ada suara manusia berteriak
keras dalam kesakitan. Walaupun satu suara didengar, kami dapat mendengar
ribuan bahkan jutaan latar belakang suara manusia yang sedang dalam
kesakitan akibat penyeksaan.

Setelah penemuan yang sangat menakjubkan ini, setengah dari peneliti kami
berhenti kerana takut. Yang sangat mengejutkan lagi, bagi orang Soviet itu
adalah setelah suara tersebut dirakam, pada malam yang sama, keluarlah
semacam gas atau kabut yang terang dari lokasi penggalian gas.

Gas atau kabut tersebut keluar dengan membentuk pilar-pilar dan tulisan yang
membentuk seperti sayap kelawar (seperti lafaz ALLAH, wallahu a'lam), lalu
menampakkan dengan sendirinya dengan bahasa Rusia yang ertinya AKU TELAH
MENAKLUKKAN atau AKU TELAH MENUNDUKKAN.

Tulisan itu terlihat di awan di Siberia yang gelap. Kejadian itu sangat
tidak masuk akal orang-orang Soviet karena sedang akan diteror. Beberapa
saat setelah itu datanglah ambulan ke kumpulan orang-orang tersebut dan
memberikan ubat yang dapat menghilangkan memori dengan singkat. Sebagai
perawat kepada korban yang melihat keajaiban itu (ini mungkin agar kejadian
ini tetap dirahsiakan).

Biarpun saya tidak percaya adanya syurga dan Injil, tetapi sebagai ilmuwan
sekarang saya percaya adanya NERAKA. Ia sangat sukar diungkapkan dengan
kata-kata, apa yang kami temukan, apa yang kami lihat dan apa yang kami
dengar. Dan sekarang kami yakin bahawa kami lanjutkan kerja menggali lagi,
maka kami akan dekat sekali dengan PINTU NERAKA.

Lalu Dr. Azzacove meneruskan penjelasan, "Mesin penggali tiba-tiba berputar
dengan sangat cepat ketika kami mencapai salah satu kulit bumi, suhunya
menunjukkan hingga 2000 darjah Fahrenhait, lalu kami mendekatkan mikrofon
itu di sana untuk mendengarkan pergerakan bumi, tetapi yang terdengar adalah
suara manusia, bahkan teriakan manusia dalam kesakitan.

Pertama kami mengira suara itu adalah suara mesin. Tetapi setelah melakukan
kajian ulang atas suara itu, suara yang terdengar adalah suara manusia bukan
hanya satu orang, mungkin jutaan manusia yang sedang dalam seksaan dan
kesakitan.

Apakah anda tahu kenapa Jacques Costeau, seorang penjelajah dalam air
berhenti beberapa saat sebelum dia mati? Dia berhenti kerana dia juga pernah
mendengar suara jeritan manusia di dalam air ketika ia sedang menjelajah di
dalam air. Dan dalam kesempatan lain juga salah satu anak buahnya menemukan
hal yang sama ketika ia sedang melakukan penjelajahan di sekitar SEGITIGA
BERMUDA.

Setelah ia sembuh dari kejutan yang kritikal, kemudian ia menceritakan bahwa
ia mendengar jeritan manusia yang banyak yang sedang diseksa di dalam perut
bumi.

Menakjubkan bukan? Renung-renungkan dan ambillah iktibar di sebalik artikel
ini.

Segeralah bertaubat sebelum terlambat. Sesungguhnya azab seksa kubur itu
amatlah pedih!

Wallahu a'lam.

Sunday, April 4, 2010

sila bagi perhatian

Pengenalan Gerakan Freemason

FREEMASONRY secara umum diterjemahkan sebagai pertubuhan persaudaraan dan dalam kamus dwibahasa ia memberi erti semangat persaudaraan sesama ahli pertubuhan.

Jika dilihat pada zahir pengertian itu, tiada apa yang tidak kena padanya.

Tetapi sedar atau tidak, ia suatu pertubuhan yang sangat bahaya kepada umat Islam kerana agendanya untuk melenyapkan ketaatan beragama, sekali gus menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat dunia.

Buku Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam membongkar pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa itu yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial.

Gerakan itu dipelopori orang Yahudi yang ingin mengambil tanah Palestin dan membina Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, seterusnya melebarkan kuasa ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan Madinah.

Ia ditubuh serta dirancang oleh Yahudi untuk memusuhi semua agama secara umum dan Katolik khususnya, namun kemudian mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Buku ini membincangkan secara terperinci agenda dan dakyah yang cuba dimajukan Freemasonry serta sekutunya yang berantaian di seluruh dunia dalam usaha memberikan kesedaran kepada umat Islam.

Antara misi Freemasonry seperti dilaporkan ialah menyebarkan ideologi ilhadiyah iaitu suatu fahaman tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganuti sebarang agama.

Buktinya sebagaimana kata seorang Freemasonry, Proudon: “Freemasonry adalah suatu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seseorang anggota Freemasonry yang berkata-kata mengenai kewujudan tuhan, maka yang dimaksudkan adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap tuhan dan manusia sebagai suatu benda.”

Menurut penulis muda ini, kedua-duanya berkelulusan dari Universiti al-Azhar, gerakan terbabit juga menubuhkan pelbagai pertubuhan bersifat kemanusiaan dan kebajikan seperti pertubuhan Bahaiyah, Kesaksian Yehova dan pertubuhan yoga.

Pertubuhan Bahaiyah misalnya, timbul di Iran pada 1844, diasaskan seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam menggunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi yang meninggal dunia pada 1853.

Ia dikatakan timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan bernama Syirazi di wilayah Iran.

Mirza Ali dikatakan mendakwa dirinya ‘albab’ yang bermaksud pintu.

Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh umat Islam yang akan mentadbir mereka bersama imam yang ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman.

Perkataan albab diambil daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya.”

Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali adalah pintu yang dimaksudkan itu, tetapi Mirza Ali mendakwa dirinya seperti dimaksudkan hadis terbabit dan menamakan ajarannya sebagai Babiyah atau Bahaiyah.

Fasa awal penubuhannya, pergerakan ini mendapat sambutan menggalakkan kerana pada zahirnya cenderung kepada amalan Islam tulen, tetapi kemudian ia jelas menyeleweng daripada kehendak Islam.

Mirza Ali merumuskan agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama yang datang dari Tuhan dengan mengajak semua penganut agama terbabit membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu dipanggil dinullah atau agama antarabangsa.

Sekiranya dikaji fahaman itu lebih mendalam, kesannya boleh mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa mereka kepada ilhadiyah sebagaimana matlamat dikehendaki Freemasonry.

Mereka yang mengikuti ideologi Bahaiyah menganut fahaman wahdatul wujud iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan.

Fahaman ini sudah tentu ternyata sesat dan syirik kepada Allah yang Maha Esa.

Pergerakan Illumanity (cahaya), ditubuhkan Adam Weishaupt pada 1776. Beliau seorang anggota Freemasonry yang murtad daripada Kristian serta meninggal dunia pada 1830.

Illumanity dinisbahkan kepada satu daripada kumpulan Yahudi. Mereka menamakan Illumanity sempena nama iblis, selaku pemerintah tunggal alam ini dengan pusat pentadbirannya di Segitiga Bermuda, tempat tinggal Dajjal.

Lambang pertubuhan terbabit dikatakan terdapat pada mata wang Amerika Syarikat, menunjukkan negara itu dikuasai bangsa Yahudi. Pereka mata wang itu seorang anggota Freemasonry daripada pergerakan Illumanity, Pat Robertson.

Antara matlamatnya ialah menghapuskan sistem warisan harta pusaka, semangat cintakan tanah air dan semua agama sedia ada di dunia supaya manusia dapat dipaksa menganuti ideologi bersifat antarabangsa.

sirah nabi muhammad S.A.W

Rasulullah (saw) adalah seorang contoh manusia yang paling dimuliakan oleh Allah. Seorang tokoh idola yang seharusnya ditiru. Terutama, bagi siapa saja yang ingin menjadi ahli surga. Nabi (saw) adalah seseorang dengan seluruh perilakunya mengandung kebaikan. membawa kebahagiaan, memberi ketenangan dan menciptakan keharmonisan. Allah SWT memilih Muhammad sebagai rasul-Nya untuk diikuti akhlaknya. Karena hanya dengan mengikuti Muhammad (saw), kebahagaiaan dunia-akhirat bisa tercapai.Rasulullah (saw) adalah seorang contoh manusia yang paling dimuliakan oleh Allah. Seorang tokoh idola yang seharusnya ditiru. Terutama, bagi siapa saja yang ingin menjadi ahli surga. Nabi (saw) adalah seseorang dengan seluruh perilakunya mengandung kebaikan. membawa kebahagiaan, memberi ketenangan dan menciptakan keharmonisan. Allah SWT memilih Muhammad sebagai rasul-Nya untuk diikuti akhlaknya. Karena hanya dengan mengikuti Muhammad (saw), kebahagaiaan dunia-akhirat bisa tercapai. Mari kita ringkas mengenai pentingnya memahami Sirah Nabi dalam beberapa hal berikut ini :

Pertama : Sirah (perjalanan hidup) Rasulullah (saw), merupakan terjemahan hidup Al-Qur’an yang paling lengkap. Firman Allah : “Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka ” ( QS.16:44 ). Begitu juga, Allah SWT menurunkan Al-Qur’an secara barangsur-angsur, sesuai dengan kejadian yang terekam dalam sirah Nabi (saw). Dari sini terlihat dengan jelas bahwa untuk memahami isi Al-Qur’an, kita harus memahami sirah Nabi (saw).

Kedua, Sirah Rasulullah (saw) adalah sirah yang paling agung dan paling lengkap. Terjaga dari penyimpangan dan penyelewengan. Para ulama sepanjang sejarah telah mempertahankan keaslian sirah ini dengan mempertahankan urutan sanad secara ketat. Ketat dalam arti bahwa para perawi sirah ini harus mempunyai kejujuran yang tinggi, dan diantara mereka harus sambung menyambung tanpa putus. Berbeda dengan periwayatan nabi-nabi sebelumnya, kita kesulitan untuk menemukan kisah yang lengkap tentang mereka. Misalnya mengenai masa kecil seorang nabi sebelum Muhammad (saw) dan seterusnya. Kalaupun ada – sebagaimana yang terdapat dalam buku Injil – seringkali periwayatannya sulit dipertanggung-jawabkan keasliannya, bahkan kerap menodai derajat kenabian mereka yang pada dasarnya identik dengan kesucian dan kemuliaan akhlak.

Ketiga, perjalanan hidup Rasulullah sangat transparan, tidak ada yang rahasia, dan tidak ada yang disembunyikan. Dari sejak masuk kamar mandi, cara tidur, cara masuk dan keluar rumah, cara bergaul dengan istri-istri, hingga kepribadaian sebagai seorang ayah, sebagai seorang teman dari sahabat-sahabatnya, seorang penglima perang, seorang pemuka agama, dan sebagai seorang pemimpin negara.

Dan yang menarik, bahwa semua sisi dari dimensi hidup yang baru saja kita sebutkan, merupakan cerminan kebaikan, contoh akhlak yang paling mulia, dan tauladan yang patut diikuti. Allah berfirman : ” Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan ( kedatangan ) hari Kiamat dan di banyak menyebut Allah ” ( QS.33:21 ). Keempat, siapapun yang membaca sirah Rasulullah (saw) pasti akan menemukan bahwa beliau adalah manusia biasa. Makan dan minum seperti kita. Mendapatkan ujian dan kesulitan hidup. Diusir dari kampung halamannya. Dihina dan disiksa oleh orang-orang yang membencinya. Seringkali kelaparan kerena kefakirannya. Namun, karena ketabahan yang sangat tinggi, Muhammad (saw) sanggup menahan lapar dengan penuh izzah (kehormatan). Dan karena kesabaran, beliau tidak pernah mengeluh sekalipun harus melakukan hijrah. Lantaran kegigihan, beliau sanggup menghadapi segala cobaan yang dihadapi. Karena keteguhan iman beliau tidak pernah putus asa. Dan berkat kesungguhan menjalani sunnatullah, Nabi (saw) mengambil segala sebab dan proses yang benar, dan bertawakkal kepada Allah secara mendalam. Akhirnya, Nabi (saw) mencapai kemenangan.

Sungguh tidak ada alasan bagi siapapun untuk mengatakan bahwa rahasia keberhasilan Muhammad dalam berda’wah adalah karena semata kerasulannya, seperti halnya seorang jagoan dalam sebuah film, yang sutradara telah menentukan ia pasti menang, kendati ia dengan atau tanpa berusaha. Tidak, Rasulullah bukan – dan tidak bisa diumpamakan sama sekali dengan – seorang jagoan dunia film. Beliau hidup di alam nyata. Beliau pernah kalah, dalam perang Uhud karena sebab-sebab tertentu. Dengan demikian, anggapan salah jika mengatakan, “wajar kalau Muhammad (saw) berhasil. Beliau kan Rasulullah, tidak bisa diumpamakan dengan kita”. Pernyataan seperti itu, ternyata tidak hanya memperlemah keimanan dan kesungguhan kita untuk mengikuit jejak Rasulullah (saw) dengan sesungguh-sungguhnya dalam perjuangan menegakkan Islam di muka bumi. Melainkan justru dari sinilah munculnya berbagai penyakit umat yang kemudian menyebabkan kelumpuhan, keterpurukan, saling menggerogoti kekuatan yang ada, perpecahan berantai dalam tubuh masyarakat Muslim yang berujung dengan kemunduran umat Islam.