Thursday, December 12, 2013

last week for this semester

begitu banyak dugaan cabaran halangan dalam menempuh kehidupan yang begitu   singkat ini. minggu terakhir ini member stress terlalu bnyak asgment nak kene buat, test beratur, presentation tunggu dipanggil je nanti. sume x prepared lagi nih... masalah tempat praktikal lagi dan bila la bende ni sume nak selesai... ya Allah permudahkan lah urusan hamba mu. 😔

Friday, December 6, 2013

aneka flower

bunga merah ni cantik
buah ape tah...canti jugak
pokok ni memang style kot
bunga kuning ni sungguh cantik tau x
ini bunga antara tercntik ak tngok stakat ni,..... woha😊
bunga warna ungu ni mcm levender tapi comel kot kecik molek... tah ye tah tidak
hanua di grand paradise hotel ni je boleh dapat bunga ni... best memang cantik
bunga merah menyala.... menarik hatiku
kulat di batang kayu ni pun ada jugak
bunga loceng bandung di kampung daun... mcm bunga kelawar aku tngok... huhuhu

Thursday, December 5, 2013

menu makan malam di restouran bandung

tauho masak sayur
yang ini lala.... tah betul ke tak .. huhu
ikan darat masak kicap kot... tah dah lupa aku
kacang goreng mcm best jer
sup ikan darat... boleh tahan taste dia
udang celop tepung.. best giler.. tpi bnyak tepung dari udang... huh action je lebih.. woha

Monday, July 8, 2013

selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak 1434 hijrah.

assalamualaikum. di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al mubarak 1434 hijrah. kepada semua umat islam di seluruh dunia khususnya di malaysia selamat menjalani ibadah puase yer.....jangan lupa, gunakan mase yang ada ni di bulan ramadan perbanyakan amal ibadah seperti bertadarus alquran, perbanayakan zikir, solat sunat, qiamullai dan lain2 agar ramadan kali ini penuh makna....eh mcm lagu raihan pulak....ape ape pun selamat berpuasa mulai 10 julai 2013 di seluruh tanah air malaysia dan seluruh dunia.

Thursday, June 20, 2013

final exam semester 4 ijazah

alhamdulillah minggu terakhir memang sibuk dengan segala test2, presentation, assignment,. sikarang sudah berakhir segalanya. dan nextweek bermula la final exam 26 sampai 14 julai 2013. harap semester ini berjaya dngn jayanya walaupun ada sedikit masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat dielakkan.gud luck for dunia akhirat.



Tuesday, January 15, 2013

logo UiTM


keunggulan uitm





UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) terus melakar kecemerlangan sebagai pusat pengajian tinggi berprestij dalam bidang keusahawanan apabila diberi anugerah Entrepreneurial University of the Year 2012 (MEA 2012) sempena Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2012 baru-baru ini.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, UiTM menewaskan 15 institusi pengajian tinggi awam lain untuk menjadi universiti pertama menerima anugerah yang julung kali diadakan itu.
Menurutnya, penganugerahan tersebut memberi implikasi besar kepada UiTM terutama dari segi penerimaan majikan terhadap graduan universiti itu dan peruntukan tambahan yang dijanjikan khas kepada MASMED iaitu agensi bertanggungjawab mengerakkan pencapaian kecemerlangan universiti dalam bidang keusahawan.
"Program Keusahawanan MASMED meliputi dua program utama iaitu Pembentukan Usahawan dan Pembudayaan Keusahawanan, ini adalah ke arah melahirkan graduan usahawan dan graduan berciri keusahawanan seperti yang digariskan oleh KPT," katanya ketika ditemui di kampus utama UiTM Shah Alam baru-baru ini.
Kata beliau, antaranya termasuk Program Tunas Mekar yang merupakan program perdana pembentukan usahawan yang telah bermula pada 2005 dan kini sudah memasuki Siri 3 di sembilan negeri melibatkan 232 graduan usahawan mendapat sijil tamat kursus.
Ujar beliau, peratusan graduan yang memulakan perniagaan pada 75 peratus adalah lebih tinggi dari purata 52 peratus untuk Siri 1 dan 2 dan melebihi sasaran 50 peratus yang ditetapkan dan susulan itu, Siri 4 2012/13 akan melatih 490 orang graduan bermula Ogos lalu di seluruh negara dengan bajet RM8.2 juta.
"Kita menghargai sumbangan peruntukkan yang diberikan kerana UiTM merupakan satu-satunya universiti yang dipilih menjalankan program keusahawan graduan perdana ini," katanya.
Selain program Tunas Mekar, kata Sahol, Hamid, UiTM buat pertama kalinya memperkenalkan program pembentukan usahawan graduan lain menggunakan peruntukan KPT termasuk Certified Halal Scientific Executive (CHSEP), program Penbangunan Usahawan Graduan (GEDeP) siri 1 dan 2 serta program Agro-Best.
Ujarnya, setiap program mempunyai ciri-ciri pembelajaran tertentu mengikut objektif seperti latihan praktikal, pembelajaran bahasa Mandarin dan business coaching dan melalui program tersebut, ia terbukti berkesan melahirkan hampir 100 graduan usahawan baru dalam bidang-bidang keusahawanan baru.
Di samping KPT, katanya, program-program tersebut turut membabitkan penyertaan banyak agensi lain seperti Bio-Tech Corp dan Technology Park Malaysia dengan objektif bagi memastikan manfaat bukan sahaja dinikmati oleh graduan semata namun turut memberi faedah kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seluruh negara.
"Perkongsian tiga penjuru ini menjadi model yang sangat efektif dalam pembangunan usahawan yang komprehensif dan dalam memberi peluang kepada graduan usahawan berniaga, semua ruang niaga dalam kampus Shah Alam yang kosong telah ditenderkan kepada graduan Tunas Mekar dan graduan usahawan yang lain,'' katanya.
Selain itu, kata beliau, bagi membudayakan aspek keusahawanan khususnya dalam kalangan kakitangan UiTM khususnya dalam meningkatkan keupayaan kualiti pensyarah, MASMED memperkenalkan latihan khusus bermula di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang disusuli kampus Terangganu, Kelantan dan Pahang seterusnya kampus UiTM lain bermula Januari depan.
Antara latihan yang disediakan termasuklah Achievment Motivation Training, Kurikulum Kembara Usahawan dan Program dan Aktiviti Keusahawanan Pelajar termasuk program Business Coaching dan Program Certified SME Business Counsellor.
"Kami menggerakkan program SME@University Internship yang dijalankan bersama SME Corp untuk membolehkan pelajar menjadi konsultan kepada IKS yang diplih oleh SME Corp termasuk projek konsultansi dengan mempertandingkan produk-produk universiti lain.
"MASMED UiTM juga dilantik sebagai penganjur bersama dengan Yayasan SIFE Malaysia untuk menganjurkan Pertandingan Peringkat Kebangsaan 1Malaysia - Young Entrepreneur Challenge pada 18-20 Julai lalu dan kita memenangi tempat kedua bagi Anugerah Pelaksana Terbaik Program," katanya.
Beliau berkata, antara program lain termasuk Karnival Keusahawanan Serentak 1UiTM 2012 yang dianjurkan buat julung kali Julai dan Oktober lalu, pertandingan akhir BSN-Social Venture Challenge 2012 November lalu dimana pelajar UiTM muncul johan serta memenangi dua award merit lain dengan merangkul wang tunai RM54,000.

utusan online sources