Friday, September 19, 2014

usahawan tani yang berjaya

admin disini ingin berkongsi satu cerita berkenaan seorang usahawan tani melayu yang telah berjaya dalam bidang pertanian.. woww sungguh kagum dengan kejayaannya dimana beliau seorang yang sungguh peramah menceritakan pengalaman beliau dalam bidang pertanian sayuran sudah sekian lama setelah tamat darjat 6. beliua terus mengusahakan bidang pertanian sehingga ke hari ini. jadi tidak hairanlah mohd razin atau panggilan bonot boleh menghasilkan tan sayuran setiap bulan. baru baru ini sebelum musin perayaaan aidilfitri 2014 ladang nye telah mengeluarkan 80 tan timun batang sahaja. 1 tan bersamaan 1000 KG, 1 tan timun bernilai RM1000, ini bermakna beliau telah mendapat hasil yang lumayan iaitu RM80,000 untuk tanaman timun sahaja belum termasuk kacang, bendi, cili, pisang dan ternakan ikan 

disini admin tunjukkan beberape gambar ladang sayuran yang admin sempat ambil ketika pergi ke ladang sayur usahawan melayu bersama ayah angkat haji roslee barujee dan isteri.
ladang kacang panjang
ladang cili dan bendi 8 ekar

tapak semaian untuk timun batang setelah di haverst

Wednesday, September 17, 2014

kampung halamanku

disini admin teringin nak postkan tempat menarik di kuala terengganu.. rasanye semua orang dah tau kot.. tapi xpe. ini tempat dekat jer dengan rumah admin. 
pantai seberang takir KT
muara sungai terengganu di waktu petang
air buah gelas besar terengganu. ha ini saja yang admin ad gambar. ad banyak lagi tempat menarik di gamu kite ni.. jom melancong ke pulau pulau antara tercantik di dunia.


Pembukaan Pasar Baru Kg Bukit Tunggal

sudah sekian lame menunggu pasar ini selama setahun lebih akhirnya dengan rasminya telah dibuka hampir sebulan yang lalu.. dengan pembukaan pasar baru ni kelihatan semakin ramai peniaga baru dan memudahkan penduduk tempatan untuk membeli barangan dan keperluan asas. disamping keadaan lokasi yang strategik, tempat yang bersih dan kawasan parking yang bnyak mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sebelum ini di tepi jalan. 😀😀😀😀

Friday, May 30, 2014

Chicken Chop Tersedap Di Melaka

terasa pulak nak postkan tentang tempat makan yang best di melaka ni... makanan western food like chicken chop, and so on..hurmmm moveles..okey, name tempat makan ni memang kontroversi sikit sbb ia menyebabkan anta terfikir perkara yang bukan2.. haha.. name tempat kedai mkn ni hanye lah panggilan pelanggan yang selalu dtg jer. Celah Kangkang adalah begitu sinonim bagi pengunjung yg selalu menikmati hidangan kat sini.. agak lucah bukan... haha.. adohaiiii... pertama kali ku dengar sudah terbayang yg bukan2....ape pun panggilah celah kangkang diambil disebabkan kedai kedai itu terletak di tempat yg begitu strategic diantara hotel orkid melaka dan hotel bay view melaka, betul2 kedai tu duduk celah kangkang.. haha... lupe pulak nk ambil gambau hotel tu dan kedai mkn..
just ambil gambau hidangan chicken shop yang tersedap sahaja
okey... satu set hidangan chicken chop mushrom RM8 sahaja..
memang sedap giler.
harga pun murah.
KEPADA ANDA YANG BELUM LAGI BERKUNJUNG KE KEDAI MAKAN CELAH KANGKANG BOLEH LA CUBE YERRRRR... try dulu baru comment ok..
kat sini ad lagi kedai lain seperti kedai air buah, satay, capati.. banyak kedai kat celah kangkang nih.. kedai western food ni last sekali.. paling hujung ok.. 

Sunday, May 25, 2014

Beriadah di Pantai Puteri Melaka

selepas sekian lama tidak bersia-sia di pantai yg cukup indah di pantai puteri di kawasan tanjong kling melaka.. pantai yang cukup indah dan mendamaikan bagi sesiapa yang memandangnye...sempena family saya dari kuala terengganu ke melaka untuk melihat cucunye.. haha
elok lah petang2 g main pata.. hoho
ombaknye yang manja sekali.. x seperti pantai timur ganassss
di bawah rimbunan pokok rhu yang rendang

pokok rhu yang tersusun rapi
kak long bermain riang dengan anok sedare dia abdullah muhammad faqeh
termenung melihat !!!!!



waktu senja yang mendamaikan jiwa
pok alang memerhati anak buah nyer
saat matahari nak terbenan.. sungguh cantik sekali SUBHANALLAH


Tuesday, April 8, 2014

Balik Kampung Bukit Tunggal

Alhamdulillah sudah lama tidak balik kampung jumpe keluarga di bukit tunggal kuala terengganu.. rindu dan sayang terhadap keluarga tidak terkata selepas sekian lame merantau di negeri orang. di kesempatan ini teringin nak berkongsi detik2 yang best semasa di kampung halaman:- 

solat hajat sempena pecah tanah nok buat rumoh abg il. ni selepas solat hajat, ape lgi makang la.. para jemaah menikmati hidangan nasi kuning selepas solat hajat.
nasi kuning yg dimaksudkan tuh
ini adalah pallet untuk solat hajat .. hurmn
kubur saper pulak depan dapur rumah ni.. org tengok pelik, biaq betik kubur depan rumah... ape nk dipelikkan ini kubur adalah gimik semata-mata untuk menyedarkan org yg terhadap kematian... japp..... tpi ni semua sape punya ideA ! 😦
homestay keluarga services
kapisiti : boleh muat 4 ke 5 orang pada satu2 mase
👍 kipas disediakan
👍 meja kecil pun ada
👍 homestay 2 tingkat
👍 selesa dan unik
👍 ada pokok mangga boleh petik melalui tingkap jer
👎 tandas dan air tidak disediakan 😟
👎 dapur pun x ada.. will upgrade soon




buah mangga yang baru dipetik.. sodap kalu wat colek ni.. slurrrpppp
 pengutip cilik sedang mengumpul buah mangga
nice view dihadapan homestay keluarga



Kedai Baru KTM CENTER


sebelum
selepas operasi mengecat
solat hajat pembukaan kedai baru
makan makan sempena pembukaan kedai

Wednesday, March 12, 2014

Misi Pencarian Malaysia Airline MH370 diteruskan

Kawasan operasi diperluas

HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersama Azharuddin Abdul Rahman (dua, kanan) dan Zulkifeli Mohd. Zin (dua, kiri) pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama, Sepang, semalam. Turut hadir Ahmad Jauhari Yahya (kanan) dan Rodzali Daud. - UTUSAN/RASHID MAHFOF
SEPANG 12 Mac - Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari kelima hari ini diperluaskan sehingga 27,000 batu nautika melibatkan perairan Laut China Selatan (14,440 batu nautika) dan Selat Melaka (12,425 batu nautika).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, secara keseluruhan untuk operasi hari ini sebanyak 42 kapal dan 39 pesawat telah digunakan untuk mengesan kedudukan pesawat MH370.
Beliau berkata, sebanyak 12 negara turut terbabit dalam operasi tersebut dan yang terbaharu melibatkan penyertaan India, Jepun dan Brunei.
"Operasi ini merupakan operasi yang melibatkan banyak negara dan kita amat berterima kasih dengan segala bantuan yang telah diberikan.
"Kita juga sedang bekerjasama dengan pakar-pakar termasuk daripada Boeing, pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS untuk turut serta menyiasat kejadian tersebut," katanya dalam sidang akhbar di pusat media Hotel Sama-Sama di sini hari ini.
Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefili Mohd. Zin; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.
Dalam perkembangan berkaitan Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berkata, beliau cukup bersimpati terhadap keluarga penumpang serta anak kapal yang sehingga kini nasib mereka masih belum diketahui.
"Saya memberi jaminan yang kerajaan tidak akan mengurangkan tempoh atau mengurangkan segala usaha dalam kita mencari pesawat yang hilang ini.
"Kita akan berusaha sedaya upaya dengan menggunakan segala aset dan keperluan yang ada sehingga pesawat ini ditemui," ujarnya.
Sementara itu beliau berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan gerakan mencari dan menyelamat diperluaskan Sabtu lalu, pihaknya setakat ini masih belum menemui pesawat berkenaan termasuk di kawasan baru berdasarkan rekod radar tentera.
"Apabila kita dapati ada kemungkinan pesawat ini dikatakan telah melintasi Selat Melaka, pihak kerajaan terus menghantar kapal-kapal dan pesawat-pesawat untuk melakukan gerakan mencari dan menyelamat," katanya lagi.
Menjawab satu soalan berhubung penemuan mayat di Selat Melaka beliau berkata, perkara itu tidak benar.
Selain itu Hishammuddin turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berhubung kes kehilangan pesawat MH370 daripada pengetahuan umum terutama ahli keluarga.
"Segala maklumat akan disalurkan kepada umum melalui media. Saya sendiri akan berada di sini dalam pukul 5 petang hingga 5.30 petang untuk menyalurkan maklumat terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_04/Kawasan-operasi-diperluas#ixzz2vnloolMp
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Mencari MH370: Najib minta bersabar, bertenang dan berdoa

KUALA LUMPUR 12 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia bertenang, bersabar dan berdoa agar pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu dapat ditemui semula.
Menurut Perdana Menteri, pencarian pesawat yang hilang itu tidak hanya memerlukan usaha melalui peralatan dan teknologi canggih tetapi juga pertolongan daripada Allah.
"Tawakal adalah prinsip orang Islam yang beriman, jangan kita tidak berusaha kerana berusaha itu juga adalah perintah Allah.
"Kita telah lakukannya secara besar-besaran, kita telah tambah pesawat dan kapal dengan peralatan canggih, saya yakin lambat laun kita akan jumpa juga, tetapi persoalannya bila? Sekarang kita kena bersabar, berdoa dan insya-Allah kita akan jumpa," katanya ketika menjadi tetamu khas dalam program televisyen Assalamualaikum terbitan TV Alhijrah di sini hari ini.
Menurut Najib, umat Islam diajar menerima hakikat bahawa Allah menentukan segala-galanya dan perlu menerima qada dan qadar.
Katanya, walaupun Boeing 777 adalah antara pesawat tercanggih dan mempunyai rekod pencapaian yang amat baik, namun ketentuan Allah perlu diterima kerana manusia tetap insan biasa yang lemah dan kerdil.
"Kita perlu menghadapi ujian besar Allah ini dengan penuh ketenangan. Kita mesti berusaha sedaya upaya dengan segala kemampuan dan kekuatan yang ada. Ini yang sedang diusahakan habis-habisan oleh kerajaan," katanya.
Tegas beliau, kerajaan dengan bantuan sembilan buah negara telah bertungkus-lumus menggunakan pelbagai aset dan peralatan canggih dalam usaha mencari pesawat berkenaan.
"Kita kena bersama-sama dengan segala usaha yang dilakukan kerajaan, bersatu hati dan berdoa, mudah-mudahan, insya-Allah apa yang kita harapkan dapat kesan tidak lama lagi," katanya.
Menurut Najib, beliau juga amat memahami perasaan keluarga penumpang pesawat berkenaan yang kesedihan dan tidak akan berpuas hati selagi tidak mendapat maklumat tepat mengenai nasib orang tersayang.
"Keluarga yang terlibat juga perlu sedar ini satu kejadian yang tak diduga sama sekali dan kita kena faham bahawa segala usaha sedang dilakukan secara bersungguh-sungguh.
"Macam mana pun sebagai orang Islam, kita kena terima hakikat bahawa Allah yang menentukan segala-galanya. Ujian Allah ini ketika kita sedang senang dan mewah pun diuji, ketika kita menghadapi musibah atau bala pun kita diuji," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_02/Mencari-MH370-Najib-minta-bersabar-bertenang-dan-berdoa#ixzz2vnm3mTTz
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Umat Islam diingatkan tidak sebar maklumat salah

KUALA LUMPUR 12 Mac - Para mufti mengingatkan umat Islam supaya tidak menyebarkan maklumat salah yang boleh menimbulkan kesangsian berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana ia satu perbuatan berdosa.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, ketika menerima sesuatu berita, umat Islam diajar supaya menyelidik terlebih dahulu sebelum mempercayai, apatah lagi menyebarkannya.
"Sepatutnya kita berdoa memohon setiap daripada kita dijauhi perkara yang tidak elok, bukan dengan membuat sangkaan macam-macam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad ketika dihubungi pula berkata, perkara yang pada asasnya hanya bersifat khabar angin atau kabur tidak boleh disebarkan sewenang-wenangnya bagi mengelak implikasi buruk sama ada kepada diri sendiri atau pihak lain yang terlibat.
Hassan berkata, dalam situasi kehilangan pesawat MH370, sebarang perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya yang dikongsi secara meluas di media sosial memberi kesan besar kepada keluarga mangsa terlibat.
Menurut beliau, perkara itu adalah sesuatu yang mengecewakan jika dilakukan oleh umat Islam kerana keluarga mangsa sepatutnya diberi sokongan dan semangat yang boleh menenangkan mereka dalam berdepan situasi sukar seperti ketika ini.
"Malangnya, laporan-laporan tidak berasas yang disebarkan itu semakin mendatangkan keresahan kepada keluarga mangsa," katanya.
Sementara itu Mufti Sabah, Bungsu Aziz Jaafar berkata, sekiranya andaian negatif itu memburuk-buruk dan memperlekehkan usaha pihak tertentu, tindakan itu juga merupakan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.
"Agama Islam menuntut setiap umatnya supaya saling menjaga perasaan antara satu dengan lain, kita juga dituntut supaya menilai sesuatu berita itu dan jangan terus diambil bulat-bulat dan menyebarkannya.
"Selain itu sudah termaktub dalam al-Quran supaya kita menjauhi prasangka kerana perasaan itu sebahagian daripada dosa," katanya.
Beliau secara peribadi melihat andaian-andaian negatif mengenai kejadian itu yang tersebar secara melampau dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp amat membimbangkan.
"Teknologi yang ada perlu digunakan dengan bijak dan bukannya untuk menyebarkan andaian-andaian tidak sahih. Serahkan kepada pakar untuk merungkai kesulitan yang kita alami ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_05/Umat-Islam-diingatkan-tidak-sebar-maklumat-salah#ixzz2vnmBo8nD
© Utusan Melayu (M) Bhd 


13 negara beri kerjasama intensif

KUALA LUMPUR 12 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lalu melibatkan kerjasama intensif 13 negara termasuk dua negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.
Negara lain yang terlibat secara aktif ialah Vietnam, Thailand, Singapura, Taiwan, Indonesia, Filipina, New Zealand dan Australia yang bersama-sama dengan Malaysia.
Sebanyak 42 kapal laut dan 35 pesawat terlibat dalam operasi mencari secara besar-besaran itu.
Terbaru pada hari kelima operasi, India mengesahkan penyertaannya menerusi kapal-kapal tentera lautnya dari Selat Melaka, Jepun menghantar empat pesawat daripada pasukan pertahanan serta agensi pengawal pantai negara itu serta bantuan aset dari negara jiran, Brunei.
Selain pemantauan satelit daripada AS serta komitmen tinggi 10 satelit daripada China, India juga bersetuju menggerakkan kedudukan satelit tentera lautnya Rukmini atau GSAT-7 untuk mengesan lokasi pesawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Malaysia yang mengetuai operasi itu telah menggerakkan asetnya iaitu 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain 16 kapal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta empat kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan pesawat Bombardier CL415.
TLDM antaranya menggerakkan KD Mahawangsa, KD Kasturi, KD Lekiu, KD Pahang, KD Selangor, MV Mega Bakti yang mempunyai keupayaan mengesan objek dalam air sehingga kedalaman 1,000 meter serta pesawat Fennec dan pesawat Super Lynx.
Pembabitan negara luar untuk membantu operasi pencarian MH370 amat dihargai kerajaan Malaysia kerana kawasan lautan luas yang perlu diteliti di Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.
Sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman Twitter hari ini, beliau telah memanggil untuk taklimat dengan pasukan SAR MH370 dan menekankan bahawa semua pihak akan berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama secara multinasional.
"Saya bersyukur begitu banyak negara membantu dalam mencari MH370. Sesungguhnya ini adalah operasi multinasional berskala besar," katanya.
Dari segi kecanggihan aset yang terlibat dalam operasi itu, AS antaranya menghantar dua kapal pemusnah iaitu USS Pinckney dan USS Kidd yang dilengkapkan dengan helikopter Sikorsky MH-60R Seahawk yang mempunyai keupayaan pencarian waktu malam serta pesawat P-3C Orion yang merupakan pesawat pemantauan maritim dan pengesan kapal selam.
China pula menghantar kapal pemusnah Haikou, kapal perang friget Mianyang serta dua kapal pengangkutan amfibia yang masing-masing dilengkapkan dengan helikopter di samping tiga kapal daripada Pentadbiran Keselamatan Maritim negara itu.
Australia pula menghantar dua pesawat AP-3C Orion dan New Zealand pula menghantar sebuah pesawat P-3K2 Orion sebagai bantuan untuk mengesan daripada udara.
Taiwan juga tidak ketinggalan menyalurkan bantuan dengan menghantar pesawat pengangkutan C-130, sebuah kapal friget ROCS Tian Dan dan dua kapal agensi pengawal pantai negara itu.
Negara jiran Malaysia iaitu Vietnam, Singapura, Thailand dan Indonesia juga tidak putus-putus memberi bantuan menerusi aset pertahanan udara dan laut negara itu bagi menjejak kehilangan pesawat yang sehingga kini masih menjadi misteri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_06/13-negara-beri-kerjasama-intensif#ixzz2vnmIF6nr
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Jakim selar usaha guna bomoh

KUALA LUMPUR 12 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam mencari pesawat MH370 yang secara jelas bertentangan dengan Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau bantuan bomoh adalah harus di dalam Islam, namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.
Katanya, Jakim terlebih dahulu mengeluarkan garis panduan perbomohan menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.
"Tatkala pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini.
"Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, tiga pengamal perubatan tradisional menawarkan diri membantu mengesan pesawat MH370.
Mereka ialah Mohd. Rodhi Ahmad, 74, atau dikenali sebagai Tok Janggut Bomoh Tauhid dan rakannya, Zainal Hamid, 54, dikenali sebagai Bomoh Warisan dari Permatang Binjai, Butterworth, Pulau Pinang.
Seorang lagi ialah Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang mendakwa pesawat MH370 yang dilaporkan hilang masih tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Mengulas lanjut, Othman menjelaskan, dalam satu mesyuarat panel kajian akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004, memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur syirik, khurafat serta penipuan.
Jika dilihat dari sudut alat yang digunakan Ibrahim pula, kata beliau, menggambarkan bahawa 'raja bomoh' tersebut menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_07/Jakim-selar-usaha-guna-bomoh#ixzz2vnmOwLoN
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Dr. M selar dakwaan Malaysia tidak bijak tangani krisis

SHAH ALAM 12 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar dakwaan media Barat yang mengkritik bahawa Malaysia lambat bertindak dalam menangani kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Katanya, Malaysia sedang berdepan dengan perkara luar biasa dan tidak pernah dialami oleh negara lain pada masa ini, justeru tindakan mengkritik sewenang-wenang adalah tidak wajar.
"Memang mudah untuk mengkritik kerana (mereka) tidak berdepan dengan situasi seperti ini.
"Ia adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi dan dialami oleh negara lain jadi kita perlu untuk menyelesaikannya dengan teliti," katanya dalam sidang akhbar selepas menjadi tetamu jemputan program Sesi Bual Bicara Bersama Profesional di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Tambah Dr. Mahathir, krisis tersebut bukan sahaja ditangani oleh Malaysia, malah dibantu pelbagai negara termasuklah Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Amerika Syarikat (AS).
"Jadi, jika mereka kata kita gagal laksanakan dengan baik, maka beberapa negara lain yang terlibat juga sama gagal seperti yang dilemparkan oleh mereka kepada Malaysia," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_08/Dr-M-selar-dakwaan-Malaysia-tidak-bijak-tangani-krisis#ixzz2vnmTmCkf
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Ahli keluarga China mahu maklumat sahih


CYBERJAYA 12 Mac - Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dari China mahu pihak Malaysia menyediakan maklumat terkini dan tepat berhubung misteri kehilangan kapal terbang itu sejak Sabtu lalu.
Duta China ke Malaysia, Huang Hui Kang berkata, ahli keluarga berpendapat maklumat yang disebarkan pada masa ini agak kelam-kabut dan mengelirukan.
"Selain itu, ahli keluarga dari China juga berharap pihak media tidak melaporkan berita yang kabur dan tidak jelas sehingga mengelirukan mereka.
"Mengenai isu ini, pihak Kedutaan China telah memberi jaminan untuk menyediakan saluran bagi membekalkan maklumat yang tepat dan terkini kepada ahli keluarga yang berada di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui ahli-ahli keluarga dari China di Hotel Cyberview sini malam ini.
Dalam pada itu, Hui Kang turut menafikan khabar angin bahawa ahli keluarga dari China akan dipindahkan ke tempat lain dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai jumlah ahli keluarga dari China yang berada di Malaysia, Hui Kang berkata, jumlah itu tidak dapat dipastikan kerana ia bertambah dari semasa ke semasa.
"Pada masa ini kira-kira 24 ahli keluarga dari China berada di Malaysia," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_09/Ahli-keluarga-China-mahu-maklumat-sahih#ixzz2vnmXaT4t
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Operasi liputi seluruh perairan Laut China Selatan

PASIR PUTEH 12 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) belum jumpa petunjuk baharu walaupun operasi mencari dan menyelamat MH370 telah meliputi hampir keseluruhan perairan Laut China Selatan, sejak lima hari lalu.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Amdan Kurish, operasi dijalankan di seluruh kawasan Daerah Maritim (DM) 9 (Terengganu) dan DM10 (Kelantan), yang membabitkan kira-kira 53,000 kilometer persegi termasuk di utara Selat Melaka.
"Malah dalam tinjauan udara saya ke utara Selat Melaka dan perairan Laut China Selatan hari ini, selain rondaan kapal Maritim Malaysia di sektor ditetapkan, juga tiada menemui sebarang petunjuk.
"Kita juga menjalankan operasi di kawasan berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat orang awam termasuk yang terbaharu di Pulau Kapas, Terengganu, namun hasilnya tetap sama," katanya di sini hari ini.
Mohd. Amdan seterusnya berkata, pihaknya akan memikirkan pendekatan terbaik bagi menjalankan operasi dan tidak akan berputus asa sehingga pesawat berkenaan ditemui.
Beliau juga meminta orang awam yang membuat laporan polis bersikap jujur kerana kesemua maklumat dipandang serius oleh pihak berkuasa.
Dalam perkembangan lain, beliau menunggu pengesahan daripada Malaysia Airlines (MAS) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung penemuan satu objek yang dikatakan rakit penyelamat kapal terbang oleh nelayan di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.
"Gambar itu bukan daripada pihak kami, jadi saya tidak dapat mengulas mengenainya. Saya sendiri tidak tengok objek tersebut dan hanya melihatnya menerusi online," katanya.
Menurut Mohd. Amdan, anggota Maritim Malaysia yang bergegas ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan penemuan itu tidak sempat mengambil gambar dan melihat lebih jelas peralatan dikaitkan dengan pesawat itu kerana objek tersebut tenggelam secara tiba-tiba.
"Berdasarkan gambar yang tersebar, biar DCA atau MAS yang menilai sama ada peralatan itu milik syarikat mereka. Jika betul milik pesawat MAS, kita akan ke lokasi untuk mencari balik peralatan itu.
"Bukan kita tidak berusaha menyelamatkan peralatan itu sebaliknya anggota yang berkejar ke lokasi tidak mempunyai peralatan menyelam," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_10/Operasi-liputi-seluruh-perairan-Laut-China-Selatan#ixzz2vnmglNeC
© Utusan Melayu (M) Bhd 


MH370 terus jadi topik utama laman sosial

KUALA LUMPUR 12 Mac - Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terus menjadi topik utama perdebatan dalam media sosial seluruh dunia sejak hampir lima hari lalu.
Rata-rata pengguna internet tanpa mengira kedudukan geografi, agama dan kaum tidak putus mendoakan keselamatan penumpang pesawat dan memberi semangat kepada kaum keluarga mereka.
Dalam laman Twitter, hashtag #PrayForMH370 sentiasa dipenuhi dengan doa dan kata-kata semangat daripada pengguna selain memuat naik gambar-gambar berkaitan.
Dianggarkan, sebanyak 30 tweet dibuat mengenai MH370 dalam satu minit.
Kalangan selebriti antarabangsa juga tidak ketinggalan menyatakan rasa simpati terhadap nasib kesemua 227 penumpang dan 12 kru pesawat tersebut serta kaum keluarga mereka.
Antaranya ialah penyanyi Amerika Syarikat, Mary J. Blige dan legenda bola sepak, Ryan Giggs yang menyarankan peminat mereka untuk mendoakan keselamatan penumpang MH370 dan meminta kaum keluarga penumpang tabah menghadapi ujian tersebut.
Artis tempatan antaranya Tiz Zaqyah, Fazura dan Saiful Apek turut meminta semua pihak tidak sesekali berhenti berharap dan terus mendoakan keselamatan penumpang.
Tiz Zaqyah dalam Twitternya berkata: "Walau apa sekalipun yang berlaku sekarang, jangan berhenti berharap."
Sementara itu, seorang pemilik Twitter dari Manchester, England, Helen Muirhead berkata, ingatan dan doanya kini adalah untuk MH370.
"Semua ingatan dan doa adalah untuk MH370," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_11/MH370-terus-jadi-topik-utama-laman-sosial#ixzz2vnmkMzxh
© Utusan Melayu (M) Bhd 


MH370: Solat hajat berterusan

PENDUDUK Taman Kerayong Makmur berdoa selepas menunaikan solat hajat memohon supaya pesawat MH370 yang hilang ditemukan semula di Surau Taman Kerayong Makmur, Bera, semalam.
KUALA LUMPUR 12 Mac - Selain operasi menggunakan teknologi canggih, usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu diteruskan dengan pelbagai pihak melakukan solat hajat dan doa bagi memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.
Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, sebagai rakyat yang beriman dan percaya kepada qada dan qadar perlu memohon doa agar dipermudahkan proses pencarian tersebut.
"Kita hanya mampu berdoa memohon belas ehsan-Nya agar dipermudahkan segala usaha mencari pesawat itu.
"Sebagai tanda keprihatinan veteran UMNO terhadap insiden ini, maka veteran UMNO mengajak diadakan solat hajat secara berkumpulan, secara kecil-kecilan di rumah atau di surau mahupun secara beramai-ramai di masjid," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu di KELANTAN, seramai 2,200 pelajar, guru dan ibu bapa mengadakan solat hajat perdana di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, Pasir Puteh.
Pengetua sekolah itu, Harun Shafie berkata, solat hajat tersebut diketuai Imam Tua Masjid Mukim Selising, Zain Arif Hassan.
Beliau berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada Program Penyayang Sekolah (PPS) sebagai menyatakan simpati terhadap keluarga mangsa selain menyahut saranan pemimpin negara yang meminta solat hajat dilakukan.
"Seramai 1,500 warga SMK Bukit Jawa akan meneruskan solat hajat sebagaimana hari ini pada setiap pagi selepas ini," katanya.
Selain itu, Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok) mengesyorkan kepada kerajaan supaya mengumpul penghafal al-Quran bersama ulama muktabar di negara ini untuk mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk bagi membantu mengesan kehilangan pesawat MH370.
Ketua Penerangannya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, pihaknya mencadangkan supaya solat hajat, zikir dan doa tersebut diadakan selama tiga atau tujuh hari secara berturut-turut.
"Usaha yang telah dilakukan kerajaan memang terbaik dari segi fizikal, namun solat hajat dan doa ini bagi menambahkan kekuatan serta keupayaan melalui pertolongan Allah," katanya.
Di BERA, kira-kira 70 jemaah Taman Kerayong Makmur menunaikan solat hajat malam tadi bagi memohon diberi petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu yang turut melibatkan seorang penduduk taman tersebut, Khairul Amri Salamat.
Imam kawasan perumahan itu, Ahmad Mazahar Mokhti berkata, mereka sepakat mengadakan solat hajat supaya pesawat berkenaan ditemukan semula.
"Kami memohon kepada Allah jika pesawat ini ada ia dikembalikan dan jika sudah tiada pun dikembalikan penumpang-penumpang di dalam pesawat berkenaan agar dapat diuruskan dengan sempurna," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_12/MH370-Solat-hajat-berterusan#ixzz2vnmoLQeP
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kerjasama dengan pakar perundangan penerbangan

KUALA LUMPUR 12 Mac - Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) mengumumkan kerjasama dengan pakar perundangan penerbangan antarabangsa untuk membantu Malaysian Airlines (MAS), anak kapal, waris dan pihak yang berkepentingan dalam tragedi penerbangan MH370.
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya telah mengarahkan agar satu sekretariat misi khas ditubuhkan untuk mengkaji aspek perundangan yang bakal timbul pada tempoh pasca pencarian pesawat itu.
Untuk itu katanya, SukaGuam sedang dalam proses mendapatkan kerjasama daripada peguam terkenal dalam kes penerbangan, Steve Marks yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
"Steve Marks ialah seorang peguam yang berpengalaman mengendalikan kes penerbangan dan pernah memberikan perkhidmatan guaman dalam dua kes membabitkan pesawat penerbangan sebelum ini.
"Setelah meneliti tragedi ini dan berdasarkan perkembangan semasa, SukaGuam mendapati akan ada isu perundangan yang bakal timbul, sama ada MH370 dijumpai atau terus kekal misteri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, antara isu perundangan yang bakal timbul selepas ini adalah tuntutan insurans, hak peribadi penumpang serta anak kapal dan hak setiap waris mereka.
"SukaGuam juga meminta orang ramai tidak menyebarkan cerita peribadi mangsa yang terlibat terutama yang memalukan mereka, apatah lagi jika ia berunsur fitnah dan khabar angin.
"Individu yang terlibat memburukkan keadaan boleh terdedah kepada tindakan undang-undang oleh waris mangsa dan akan dikenakan hukuman yang berat," katanya lagi.
Tambahnya, SukaGuam juga sedang mengkaji beberapa insiden penerbangan yang berlaku sebelum ini membabitkan pesawat American Airlines 331 pada tahun 2010, Silk Air (1997), ValuJet 592 (1996), Arrow Air (1985), Air France 447 (2009), Conviasa Airlines (2010) dan Santa Barbara Arlines (2008) untuk rujukan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_13/Kerjasama-dengan-pakar-perundangan-penerbangan#ixzz2vnmsRcuH
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Henti persenda kehilangan MH370

Mukhriz Mahathir diberi penerangan oleh Suraya Yaacob (kanan) mengenai kualiti produk industri kecil dan sederhana pada Pameran Produk Negeri Kedah di Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Ismail Kamadin
ALOR SETAR 12 Mac - Tindakan beberapa individu termasuk dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mempersenda kehilangan pesawat MH370 baru-baru ini mendapat teguran Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau yang baharu sahaja bertemu dengan ahli keluarga mangsa di Putrajaya dua hari lalu turut melahirkan rasa kesal apabila diberitahu mengenai tindakan berkenaan yang disifatkannya sebagai 'sangat teruk'.
"Saya tidak faham rasional mereka berbuat demikian kerana isu ini melibatkan keselamatan nasional. Saya fikir teruk sangat mereka ini sampai buat tuduhan yang langsung tidak berasas dan disebabkan itu, rakyat tidak harus mudah percaya dengan kenyataan sedemikian.
"Terdapat empat daripada penumpang terlibat berasal dari Kedah dan paling menyentuh hati apabila seorang ibu menyatakan bahawa penantian mengenai khabar anaknya ketika ini merupakan satu penyiksaan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Pameran Produk Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob.
Kelmarin, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika berceramah di Tapak Karnival Usahawan di Kajang yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kehilangan pesawat MH370 sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima akal.
Malah beliau turut membuat andaian ada kemungkinan peralatan di negara ini yang sepatutnya canggih dan dibeli pada harga mahal mungkin tidak boleh digunakan, menyebabkan pesawat itu gagal dikesan.
Menceritakan pengalamannya bertemu dengan ahli keluarga mangsa, Mukhriz berkata, ada dalam kalangan mereka yang meluahkan rasa 'sakit' setiap kali berdepan dengan penyebaran berita tidak sahih terutamanya daripada media sosial.
"Paling mendukacitakan apabila mereka mendengar berita yang seolah-olah mendatangkan harapan, tetapi akhirnya disahkan berita itu tidak benar. Jadi buat masa ini, mereka sudah membutakan mata dan memekakkan telinga daripada menerima berita-berita sedemikian.
"Sebab itu, sebelum ini saya pesan kepada pengguna media sosial agar lebih bersimpati dan mempunyai sensitiviti dalam menghebahkan maklumat tidak sahih. Kalau kita juga terasa, anda fikirkan mereka bagaimana?" katanya.
Diminta mengulas mengenai pertembungan satu lawan satu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau secara peribadi memberitahu, perkara itu tidak seharusnya menjadi tumpuan utama ketika ini memandangkan isu kehilangan pesawat merupakan sesuatu yang jauh lebih penting.
"Saya tidak rasa boleh memberi tumpuan sangat kerana alasan diadakan PRK itu sesuatu yang tidak boleh diterima. Bukannya kerana ada kematian pun sebaliknya hanya semata-mata disebabkan permainan politik pihak tertentu.
"Bagi pengundi Kajang, mereka perlu lihat bagaimana pembangkang sanggup mempermainkan hak rakyat memilih wakil rakyat bagi menyelesaikan masalah dalaman parti sedangkan banyak lagi perkara lebih penting untuk diselesaikan. Itu perlu dipertimbangkan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_16/Henti-persenda-kehilangan-MH370#ixzz2vnmwMKhd
© Utusan Melayu (M) Bhd 


'Simptom takut tegur juruterbang' dedahkan risiko kemalangan

KUALA LUMPUR 12 Mac - Pakar perubatan penerbangan tidak menolak kewujudan simptom 'takut menegur juruterbang' oleh segelintir pembantu juruterbang pesawat komersial di rantau Asia sehingga mendedahkan penerbangan terhadap risiko kemalangan.
Sumber perubatan penerbangan tentera menjelaskan, jurang hubungan tersebut mengakibatkan pembantu juruterbang tidak berani melaporkan sebarang perkembangan pada sistem dan rekod pesawat ketika penerbangan.
Katanya, hubungan tidak rapat itu memandangkan juruterbang dilihat sebagai figura yang sangat agung atau 'superior' dalam kalangan krew penerbangan sehingga menghalang proses integrasi atau kerjasama dalam pesawat.
Meskipun kursus integrasi termasuk pengurusan sumber kokpit atau cockpit resource management dilaksanakan, kata beliau, perkara berkenaan masih boleh wujud dalam segelintir syarikat penerbangan komersial di rantau ini.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, konflik itu tidak berlaku pada pesawat ketenteraan kerana meskipun organisasi tentera bercorak regimental, juruterbang dan pembantu juruterbang tetap mempunyai hubungan rapat memandangkan mereka daripada skuadron yang sama.
"Bagi penerbangan komersial, kebarangkalian juruterbang dan pembantu juruterbang bekerjasama dalam satu pesawat adalah rendah, semua berdasarkan jadual semasa, jadi mereka akan bertemu dengan orang yang lain setiap masa, ini akan menimbulkan kejanggalan dalam psikologi mereka.
"Apa yang pasti, integrasi antara kedua-dua juruterbang dan pembantunya adalah penting, hubungan itu perlu dipertingkatkan bagi menjamin operasi terbaik terhadap penerbangan satu-satu pesawat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, meskipun kesemua krew pesawat menjalani latihan atau kursus termasuk pengurusan sumber krew (CRM) sebelum menjalankan tugas, psikologi mereka tetap terdedah dengan perasaan panik dan kekeliruan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Katanya, hanya mereka yang mempunyai pengalaman sebenar dalam mengurus kejadian tersebut dapat menyerap segala tekanan dan berfikir secara betul.
"Oleh itu, pelaksanaan kursus perlu dimantapkan terutama membawa mereka yang berpengalaman dalam kejadian pesawat memberi gambaran kepada krew penerbangan. Dalam masa sama, perlu dipastikan integrasi antara krew dan juruterbang dipertingkatkan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_17/Simptom-takut-tegur-juruterbang-dedahkan-risiko-kemalangan#ixzz2vnn0rPCG
© Utusan Melayu (M) Bhd 


MAS berikan bantuan kewangan sama rata

SEPANG 12 Mac - Semua ahli keluarga kepada penumpang pesawat MH370 yang masih hilang sejak Sabtu lalu akan diberikan bantuan kewangan sama rata untuk perbelanjaan keperluan harian.
Malaysia Airlines (MAS) dalam kenyataan berkata, bantuan tersebut turut diberikan kepada semua ahli keluarga penumpang dan anak kapal dari Malaysia.
"Jumlah sama rata akan diberikan kepada semua ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu termasuk dari negara lain untuk keperluan asas mereka.
"Kami berkongsi kesedihan serta simpati yang sama dengan keluarga penumpang pesawat MH370 dan akan melakukan apa saja untuk mengurangkan beban ditanggung mereka," kata kenyataan itu di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden Kanan MAS Rantau China, Joshua Law Kok Hwa mengumumkan syarikat penerbangan itu akan menyediakan bantuan kewangan permulaan berjumlah 31,000 Yuan (RM16,577) kepada keluarga penumpang pesawat itu dari China bagi keperluan asas.
Menurut kenyataan itu, keutamaan syarikat itu sekarang adalah bagi memastikan kebajikan semua keluarga penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu terjaga.
Kata kenyataan itu, antaranya dengan memberikan maklumat dari semasa ke semasa, membiayai perjalanan, penginapan, makanan, perubatan dan bantuan sokongan emosi dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh MAS.
"Pihak MAS telah mengatur pasukan yang akan menjaga ahli keluarga ini, mereka terdiri daripada kakitangan kami dan Mercy Malaysia serta Yayasan Tzu Chi. Mereka diletakkan di lima lokasi berbeza di Beijing dan empat tempat di Kuala Lumpur.
"Hingga kini, seramai 115 ahli keluarga penumpang pesawat itu berada di Kuala Lumpur dan dijaga oleh 72 kakitangan berbeza,'' kata kenyataan tersebut.
Jelas kenyataan berkenaan, sekurang-kurangnya seorang kakitangan diberi tugas mengendalikan setiap keluarga termasuk bantuan penterjemah bahasa Mandarin kepada ahli keluarga dari China.
Mengulas lanjut, kata MAS, tugas pasukan tersebut dari semasa ke semasa akan mengemaskini maklumat operasi mencari dan menyelamat termasuk bantuan sokongan emosi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_18/MAS-berikan-bantuan-kewangan-sama-rata#ixzz2vnn4FErU
© Utusan Melayu (M) Bhd