Semua yang berlaku di sekeliling kita ada pengajarannya bagi mereka yang boleh berfikir. - Gambar hiasan
TIDAK pernah dalam sejarah, sesebuah masyarakat atau kaum itu mencapai ketinggian tamadun melainkan dengan pemikiran yang tinggi.
Sejarah umat Islam menunjukkan betapa ramai lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang hebat seperti Imam Asy-Syafie, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun dan ramai lagi yang mana mereka ini merupakan tokoh pemikir ulung Islam.
Kewujudan ini kesan daripada kesedaran yang mendalam tentang betapa pentingnya falsafah atau pemikiran sesebuah umat itu dibentuk. Rasulullah SAW, seorang insan pilihan yang sangat menitikberatkan soal pemikiran pernah bersabda: "Yang terlebih hampir dengan aku pada hari kiamat, adalah orang yang terlebih lapar dan berfikir".
Ini jelas betapa penting dan mulianya seseorang yang menggunakan sepenuhnya nikmat fikiran yang hanya Allah anugerahkan kepada kita. Sering kita mendengar pesanan-pesanan daripada ilmuwan Islam yang menyuruh kita memikirkan tentang apa yang diciptakan oleh Allah, kerana itu akan mendatangkan manfaat buat diri.
Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 190 bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan hemah Allah bagi orang-orang yang berakal (berfikir).
Kita tertanya-tanya, berfikir bagaimana yang akan membuatkan kita beruntung di sisi Allah. Adakah memikir tentang bagaimana mengejar kekayaan seperti seorang ahli perniagaan memikir cara mengembangkan perniagaannya?
Memikir bagaimana mengurus kehidupan harian seperti si ayah memikir apa yang terbaik perlu dilaksanakan untuk keluarganya? Banyak sekali cabang fikirnya, dan semua pemikiran yang disebut tadi ada manfaatnya untuk diri kita. Cumanya kolum kali ini kita akan mencari makna fikir yang dikehendaki oleh baginda Nabi SAW.
Ibrahim ibnu Adham, seorang ulama sufi mengenengahkan tiga bentuk pemikiran:
1. Memikirkan segala kejadian Allah dan menjadikan itu sebagai dalil kewujudan dan kekuasaan Allah, ini kelakuan golongan ulama.
2. Memikirkan setiap kejadian Allah dengan lebih mendalam dan kelebihan setiap nikmatnya, lalu timbul perasaan syukur kepada Allah.
3. Memikirkan tentang amalan hariannya (post moterm) supaya tidak tercemar dengan perasaan riak dan takbur yang membinasakan amalan dan dirinya, ini kelakuan ahli ibadah.
Sememangnya dengan berfikir akan membuatkan kita mengetahui di mana kedudukan diri kita, sama ada mengikut acuan yang dikehendaki oleh Islam atau sebaliknya.
Melihat kepada sejarah kegemilangan Islam di era pemerintahan Khulafa Ur-Rasyidin, kerajaan Islam ketika itu berjaya memerintah sebahagian besar daripada dunia, apa rahsianya? Selain dari tahap iman dan takwa yang tinggi kepada Allah, rupa-rupanya pemikiran muda-mudi ketika itu sentiasa dibendung dengan '1 fikrah', iaitu cintakan ilmu terutama ilmu yang mengukuhkan keimanan kepada Allah.
Kesan didikan Rasulullah SAW masih tegar dalam hati mereka, Rasulullah mendidik supaya memerangi penyakit wahan dalam hati dan fikiran, sahabat bertanya: "Apakah itu penyakit wahan?" Maka jawab baginda, "Cintakan dunia, takutkan mati".
Sesebuah masyarakat yang terlalu mencintai kehidupan dunia akan membuatkan mereka alpa dan berpaling daripada perintah Allah, ini pernah berlaku kepada kaum Tsamud yang mana mereka akhirnya dihancurkan oleh Allah. Begitu juga dengan kaum nabi-nabi Allah yang lain.
Sememangnya kita tidak sanggup ia berlaku kepada masyarakat di negara kita. Maknanya, pemikiran seperti inilah perlu diterapkan kepada remaja kita. Ini akan membawa remaja kita kenal kepada matlamat dan peranan utama di ketika usianya.
Faedah berfikir
Diriwayatkan daripada Abi Sulaiman, Nabi SAW bersabda: "Berfikir tentang akhirat itu akan memperolehi hikmah dan menghidupkan hati. Dan berfikir pada (kesibukan) dunia semata-mata maka akan menjadi dinding (yang mengkaburkannya) tentang akhirat".
Tentu sekali orang yang berfikir perihal akhirat akan membuat dirinya sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya agar tidak mengundang kemurkaan Allah, kerana kesedaran bahawa setiap amalan yang baik dan buruk akan dihitung Allah walaupun sebesar biji sawi sekalipun.
Ini pula kajian kesan daripada berfikir, orang yang jarang-jarang berfikir atau memerah otaknya untuk berfikir mempunyai paling minimum 10 bilion sel. Setiap sel berhubung antara satu sama lain. Orang yang rajin dan kuat berfikir mempunyai hingga 1 trilion sel dalam kapasiti saiz otak yang sama. Semakin kerap atau semakin kuat kita berfikir, semakin banyak sel yang terbentuk.
Jadi, inilah masanya untuk kita mengunakan sepenuhnya nikmat akal fikiran yang sangat hebat ini untuk merealisasikan impian diri dan agama. Dengan memikirkan tahap keimanan, kualiti kehidupan dan ibadah kita, serta persediaan menghadap pencipta kita nanti.
Kata seorang ulama, Fudhail r.a, "Fikir itu cermin hati, dan dengannya kita melihat segala kebaikan, kesilapan, manfaat dan mudarat dalam perihal kehidupan kita." Mudah-mudahan dengan fikrah pemikiran yang dikongsi kali ini menjadi satu inspirasi hebat buat pembaca untuk memulakan hari-hari mendatang dengan penuh pengharapan kepada reda Allah. Salam perubahan.
utusan online malaysia
Wednesday, January 19, 2011
Khabab cadang timbus perigi
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Medan Perang Badar, iaitu terletak kira-kira 60 batu dari selatan Madinah menuju ke Mekah yang boleh dikunjungi oleh umat Islam sehingga ke hari ini.
SEMAKIN dekat, jarak untuk tentera Islam hendak bertempur dengan pasukan tentera Quraisy dalam keadaan yang bersedia dan kedudukan yang dianggap strategik, tiba-tiba datang seorang sahabat Khabab bin Munzir menemui Rasulullah SAW.
Dia dikatakan seorang yang pakar strategi perang di kalangan para sahabat dan menemui Rasulullah kerana beliau mempunyai perancangan lebih baik supaya tentera islam pasti mencapai kemenangan menentang tentera Quraisy yang dikatakan lebih hebat persediaannya itu.
"Wahai Rasulullah, adakah tempat ini pilihan wahyu daripada Allah ataupun dasar strategi perang?" tanya Khabab.
"Tidak dari Allah, hanya strategi kita sahaja," jawab Rasulullah.
Lalu Khabab pun mencadangkan supaya tentera Islam bergerak lebih ke hadapan sehingga mereka sampai ke telaga air yang ada di sekitar Badar. Tentera Islam disarankan meninggalkan satu sahaja telaga atau perigi untuk kegunaan mereka tetapi punca-punca air yang lain hendaklah ditimbus.
"Jadi apabila meletus pertempuran, tentera Quraisy akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan mereka termasuk kuda perang dan unta yang menjadi nadi kekuatan mereka itu," kata Khabab.
Tentu sahaja Rasulullah bersetuju dengan cadangan baik dari Khabab itu, lalu mereka pun bergerak terus ke Badar dan mendirikan khemah berhampiran dengan sebuah telaga dan segera menimbus mana-mana punca air yang lain.
Sebuah khemah khas juga didirikan buat baginda tidak jauh dari khemah para tentera Islam lalu masing-masing membuat persiapan untuk menghadapi peperangan dengan baginda sendiri meninjau ke lokasi yang bakal yang menjadi medan pertempuran.
Baginda pun menunjukkan dengan tangan sambil berkata kepada para sahabat: "Di sini, di sini tempat terbunuhnya si polan, si polan esok hari, insya Allah!"
Mereka kemudiannya bermalam, malah dikatakan dalam keadaan yang amat mengantuk bagi membolehkan mereka tidur dengan nyenyak, dapat mengumpul tenaga dan cukup bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan besar yang bakal berlaku keesokan harinya.
Ini sebagaimana yang disebut dalam dalam surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud: Ingatlah ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Alah (untuk menghapuskan rasa cemas kamu). Dan (ingatlah ketika) Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit semata-mata untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).
Di saat tentera Islam dalam keadaan yang bersiap sedia itu berbeza pula keadaannya bagi tentera musuh.
Ini apabila mereka menghantar seorang anggota perisik untuk merisik kedudukan tentera umat Islam, iaitu Umayr bin Wahab Al Jumahi.
Lalu Umayr sambil menaiki kuda terus menghampiri tentera Islam dan kemudian segera balik dengan membawa satu laporan.
"Mereka itu 300 lelaki sahaja, mungkin lebih atau kurang sedikit tetapi dengan bilangan seramai itu mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang pasukan tentera tambahan di belakang mereka.
"Tetapi aku melihat adalah satu bala yang bertembung dengan maut apabila kita bertempur dengan pasukan umat Islam, iaitu kumpulan manusia yang tidak memiliki pertahanan dan perlindungan melainkan hanya berbekalkan sebilah pedang sahaja.
"Demi tuhan, aku berpendapat tidak seorang pun daripada mereka yang akan dibunuh kecuali mereka sebenarnya yang akan membunuh kita semua. Andai pasukan Islam menang, apalah gunanya kalau pun kita dapat hidup selepas ini," kata Umayr.
Ini menyebabkan kalangan tentera Quraisy ada yang berbelah bahagi. Ada yang terpengaruh dengan kata-kata Umayr kerana tidak ada faedahnya mereka memerangi Nabi Muhammad dan para pengikutnya kerana yang bakal diperangi bukanlah orang lain tetapi saudara mara mereka juga sendiri.
Malah ada yang memberi cadangan supaya biarlah bangsa Arab lain sahaja yang akan memerangi tentera Islam kerana andai tentera Islam dapat dikalahkan mereka juga mendapat faedahnya tanpa perlu menumpahkan darah.
Namun perang sudah tidak dapat dielakkan. Tentera Quraish berjaya dipulihkan semangat mereka dengan alasan bahawa tentera Islam terdiri daripada kalangan saudara mara sendiri sudah tidak boleh lagi diterima pakai.
Akibat kononnya soal maruah dikatakan tercemar dan kedudukan menjadi jatuh apabila kalangan saudara mara dan hamba sahaya sendiri memeluk Islam, maka perang tetap perang, tanpa ada banyak pilihan!
Justeru baginda sempat berdoa sebelum meletusnya perang, antaranya: "Ya Allah, kalau tentera Islam ini tewas, Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini lagi!"
Keesokan paginya, kedua-dua pasukan saling berhadapan!
utusan malaysia online

Hentikan mengumpat
SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.
Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

Asma' pendamping tiga khalifah
PERJALANAN dari Habsyah ke Madinah terasa begitu lama. Rindu pada insan mulia, sepupu suaminya sendiri, membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta terhindar daripada gangguan kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.
"Jauh lagikah? Saya tidak sabar tiba di Madinah. Inilah yang saya harapkan sekian lama," kata Asma' binti Umais pada suaminya, Jaafar bin Abi Talib yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.
"Insya-Allah tidak lama lagi," jawab Jaafar lirih.
Jaafar memandang ketiga-tiga anaknya yang dilahirkan di Habsyah iaitu Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih kecil dan belum mengerti apakah yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah mereka. Mereka belum tahu erti perjuangan menegakkan agama Islam.
Namun, di bawah didikan Rasulullah nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar menjadi pejuang-pejuang agama yang memiliki iman yang kental.
Jaafar kemudian menoleh pada isterinya. "Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu Abdullah?" Jaafar cuba menduga hati Asma'.
Asma' termenung mendengar pertanyaan suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke sana bersama segelintir kaum Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri daripada gangguan kafir Quraisy.
Selama tujuh tahun, mereka begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada mereka. Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat tempat yang istimewa dalam keluarga raja itu.
Ini terbukti apabila Najasyi menamakan puteranya nama yang serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma' menyusukan puteranya bersama-sama anaknya.
"Abdullah anak susuan saya dan bumi Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya pada Rasulullah dan negara Islam Madinah, tidak ada tolak bandingnya," jawab Asma'.
Jaafar terangguk-angguk mendengar kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar Rasulullah sedang menunggu kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui kita semua," kata Jaafar.
Selepas menempuh perjalanan yang lama, akhirnya rombongan mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang meraikan kemenangan mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang Khaibar.
"Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.
Ketika itulah Jaafar dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.
Sebaik sahaja beliau melihat Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.
"Demi Allah, aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan Khaibar," kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.
Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada Rasulullah.
"Isteriku, saya telah mendapat perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke Syam memerangi tentera Byzantine," ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu hari.
"Siapakah yang memimpin tentera Muslimin?" soal Asma'.
"Zaid bin Harisah. Akan tetapi, sekiranya dia syahid, sayalah yang menggantikan tempatnya," jawab Jaafar.
"Pergilah suamiku. Semoga Allah memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin," kata Asma' kepada suaminya.
Seluruh umat Islam ternanti-nanti kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar berita sama ada kaum Muslimin memperoleh kemenangan atau sebaliknya.
Hati Asma' bergetar apabila Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah mendekati ketiga-tiga anak Asma', lalu mencium mereka dengan air mata berlinangan.
"Wahai Rasulullah, apakah yang membuatkan anda menangis? Adakah anda telah mendapat khabar tentang Jaafar dan sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.
"Benar, dia telah gugur syahid hari ini," jawab Rasulullah ringkas.
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Asma' tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia menangis teresak-esak di samping anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar demi mengharapkan reda Allah.
Tidak lama sesudah itu, Asma' berkahwin dengan Abu Bakar bin Siddiq selepas isteri beliau, Ummu Rumaan meninggal. Asma' terus setia di samping Abu Bakar, sehingga beliau dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah wafat. Asma' juga bersabar ketika menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit kuat.
"Asma', apabila aku meninggal dunia, mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu agar dirimu lebih kuat," pesan Abu Bakar apabila dia merasakan maut semakin menghampirinya.
"Baiklah," jawab Asma' sambil matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul maut.
Tidak lama kemudian, Innalillahi wainna ilaihirojiun.
Asma' berasa sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan jenazahnya.
Asma' kembali bersendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.
Sedih yang dialami oleh Asma' segera diubati oleh Ali bin Abi Talib. Beliau datang meminang Asma' selepas Fatimah az-Zahra meninggal.
Ketika Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum muslimin dalam menghadapi peristiwa-peristiwa besar.
Demikianlah Asma' binti Umais, wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin iaitu Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Semoga Allah merahmatinya.
Asma' amat mencintai ketiga-tiga suaminya. Katanya, "Aku tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa Arab yang lebih baik daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya yang lebih baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya dibandingkan kedua-duanya".
utusan malysia online

Abu Marwan doktor tersohor di Andalusia
ABU Marwan bin Zuhr ialah seorang doktor tersohor di Andalusia dan terkemuka sepanjang masa di dunia. Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Abdul Mulk bin Abu Al-A'la Zuhr bin Muhammad bin Marwan bin Zuhr Al-Iyadi.
Dia dipanggil dengan nama Al-Iyadi kerana nenek moyangnya berasal dari Kabilah Iyad, sebuah kabilah Arab Adnaniyah. Di Eropah dia dikenali dengan nama Avenzoar.
Seorang orientalis Jerman, Carl Brockelmann, menyebut Ibnu Zuhr dalam bukunya Tarikh Al-adab Al-Arabiyah dengan nama Abdul Mulk bin Au Bakr bin Muhammad bin Marwan. Padahal sebenarnya ini adalah nama bapak Ibnu Zuhr.
Ibnu Zuhr berasal daripada keluarga yang kebanyakannya berkecimpung dalam bidang kedoktoran. Bapa, anak lelaki dan anak perempuannya bekerja sebagai doktor.
Kedua-dua puterinya juga doktor pakar sakit puan. Keluarga besar Zuhr telah menetap di Syatibah, salah satu kota di Andalusia, sejak abad ke-10 Masihi.
Antara abad ke-10 dan 13 Masihi terdapat enam orang keturunan keluarga besar Bani Zuhr yang menonjol dalam kedoktoran.
Abu Marwan Zuhr dilahirkan di Kota Banjalur, Andalusia, pada tahun 464 H/ 1072 M. Sejarah kehidupannya lebih banyak dihabiskan di Seville.
Pada awalnya dia mengabdikan diri kepada Al Murabithun kemudian mengabdikan diri kepada Al Muwahhidin. Beliau juga menjadi doktor peribadi kepada Sultan Al-Muwahhidin, Abu Muhammad Abbul Mukmin bin Ali.
Ibnu Zuhr wafat di Kota Sevilla pada tahun 557 H/ 1162 M dalam usia lebih 90 tahun.
Segala hasil karya Ibnu Zuhr berbicara tentang ilmu kedoktoran, yang ditulis dengan gaya bahasa ilmiah yang sangat tinggi.
Buku-bukunya dipenuhi oleh istilah-istilah ilmiah yang sangat tinggi dan luas yang menunjukkan keluasan dan kedalaman pengalaman ilmiahnya.
Gaya bahasa yang dipakai oleh Ibnu Zuhr merupakan gaya bahasa yang membuat pembacanya merasa senang, kerana bukunya dihiasi dengan hal-hal yang bersahaja dengan komentar-komentar yang membuat orang ketawa.
Semua itu dia catitkan dalam bukunya berdasarkan pengalaman peribadi dalam dunia kedoktoran. Di antara karya-karya penting Ibnu Zuhr adalah:
* At Taisir Fi Al-Mudawalah Wa At-Tadbir. Di dalam buku ini ia mengupas secara terperinci buku Al-Qanun karya Ibnu Sina dan Almilki karya Alibin Abbas Al Majusi.
Di dalam buku ini ia juga membicarakan tentang gejala-gejala penyakit dalaman dan masalah pembedahan.
Ibnu Zuhr membahagi bukunya itu ke tiga bahagian. Setiap bahagian berisi beberapa kajian. Setiap kajian pula membahas beberapa penyakit yang menimpa salah satu bahagian dari organ tubuh atau bahagian tertentu dari tubuh.
Buku itu ia tutup dengan suatu pembahasan yang dinamakan Aljami', yang berisikan nama-nama atau alat-alat kedoktoran, bimbingan khusus tentang meracik ubat-ubatan, dan cara pemakaiannya.
Buku tersebut merupakan karya Ibnu Zuhr yang paling popular dan telah diterjemahkan oleh Barafisiyius ke dalam bahasa Latin pada tahun 1490 M. Kemudian telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa Eropah lainnya.
* At Taghdziah. Buku ini ditulis oleh Ibnu Zuhr atas perintah sultan Al Muwahhidi, iaitu Abu Muhammad Abdul Mukmin bin Ali.
Dalam buku ini ia berbicara tentang makanan dan minuman dengan berbagai ragamnya, makan, tidur, mandi, olahraga, dan prinsip-prinsip kesihatan yang bersifat umum.
* Al Iqtishad Fi Ishlah Al-Anfus Wa Al-Ajsad. Buku ini ditulis sebagai persembahan untuk sultan Al-Murabithun, iaitu Ibrahim bin Yusuf Ibnu Tasyfin.
* At Ta'liq Fi Ath-Thib. Berisi nasihat-nasihat tentang ilmu kedoktoran. Manuskrip buku ini terdapat di perpustakaan Tesytir Beti di Kota Dublin ibukota Republik Ireland.
* At Tiryaq As Sb'ini dan ringkasannya. Buku ini ditulis untuk Sultan Muhammad Abdul Mukmin.
* At-Tadzkirah. Memuat arahan, bimbingan dan panduan untuk anaknya dalam mempermudah aktiviti kedoktorannya. Buku ini sudah diterjemahkan dan dicetak dalam bahasa Perancis.
* Al-Jami. Berbicara tentang minuman dan ubat yang dipakai dalam menyembuhkan penyakit.
Ibnu Zuhr berpendapat bahawa terapi terbaik untuk mengubati organ tubuh yang sakit adalah dengan merendam bahagian yang sakit itu ke dalam air sejuk. Dia juga dikatakan membius pesakit dengan cara meletakan alat pembius di hidung dan di mulut pesakit ketika hendak dilakukan pembedahan.
utusam malaysia

Tugasan 'Islamkan' Kristiane
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Kristiane Backer berlatar belakang Bukit Uhud selepas selesai mengerjakan haji pada tahun 2006.
BELIAU benar-benar ikhlas memeluk Islam walaupun percintaannya dengan bekas pemain kriket terkenal dunia, Imran Khan hanya separuh jalan.
Ini kerana tidak dinafikan Imran Khan banyak membantu wanita jelita ini untuk mengenal Islam malah membimbingnya dan membawanya ke Pakistan bagi melihat sendiri mengenai suasana Islam itu di sana.
Namun Kristiane Backer tetap meneruskan niatnya untuk memeluk Islam. Ternyata beliau memeluk Islam bukan kerana seorang lelaki.
Umum mengenali wanita ini sebagai personaliti televisyen yang sangat terkenal di Eropah.
Apabila menyebut stesen televisyen muzik MTV Eropah, beliaulah disifatkan sebagai peneraju bagi stesen tersebut. Sebut penghibur terkenal dunia mana yang tidak pernah beliau temui. Baik Rolling Stones dan Lenny Kravitz di Boston, Amerika Syarikat, kepada Dave Steward dan Neneh Cherry di Munich Jerman dan Annie Lennox di Los Angeles, ramai artis terkemuka Barat menjadi tetamu sembang bersama Kristiane.
"Ketika perasmian pembukaan Saluran VH-1 TV di Hamburg, penyanyi David Bowie sendiri yang datang menemui saya dan beliau meminta kebenaran merakamkan gambar kami bersama. Saya terpana dengan ajakannya itu. Itulah antara pengalaman menarik yang sukar saya lupakan," katanya.
Selama tujuh tahun dari tahun kerjayanya yang bermula pada tahun 1989 dalam usia 21 tahun , anak kelahiran Hamburg, Jerman ini meniti kehidupan yang sangat glamor.
Hidupnya disinari kerdipan cahaya bintang-bintang dalam dunia hiburan Barat di samping meraih pelbagai anugerah atas pencapaian cemerlang beliau menaikkan ranking rancangan.
Namun pada 1992, dunia Kristiane berubah hampir 360 darjah apabila buat pertama kalinya, beliau dapat menjengah keunikan dunia Timur.
Bermula ketika membuat liputan mengenai tarian Sufi yang sangat terkenal di Turki, benar-benar pembuka tirai kepada wanita ini untuk hampir sahaja melupakan kerdipan dunia hiburan.
"Sehebat mana pun lagu-lagu pop Barat yang pernah saya dengar sebelum ini, hati saya benar-benar terpaku dan sangat kagum alunan muzik suci dengan lirik ketuhanan yang sangat indah yang bertemakan kasih sayang yang puncak cinta seorang manusia adalah kepada tuhannya," katanya.
Sejak itu Kristiane memulakan penerokaan terhadap dunia Islam terutama dalam kehebatan yang dipamerkan dalam bentuk seni dan budaya. Beliau menyaksikan sendiri karya-karya agung yang terpamer pada kehebatan Istana Al Hambra di Grenada, Sepanyol.
Demikian juga kesucian dan keindahan Masjid Koutoubia atau ketenangan ketika berada di Menara Garden di Marrakech atau Gate Bab Boujeloud di Fez di Maghribi dan keunggulan seni bina Moghul di India dan Asia Tengah.
Kristiane benar-benar jatuh cinta menyaksikan pelbagai khazanah Islam dari seni barangan kemas antik Afghanistan kepada lampu tradisional dan seni air pancuran Maghribi, permaidani yang tersangat indah dan halus buatannya, ketelitian dan kehalusan ukiran-ukiran kayu sehinggalah kepada selendang Pashmina yang dihias jemeki dan manik.
Semua ini membuatkan Kristiane semakin ingin mendekati Islam.
"Khazanah seni dan budaya Islam adalah sangat harmoni sifatnya dan sangat mengasyikkan setiap kali kita memandangnya, semua ini apabila Islam berpegang kepada kata-kata Nabi Muhammad; Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan," kata Kristiane.
Namun atas nama tugas, Kristiane tetap menjalankan tugasnya sebagai wartawan dan pengacara rancangan hiburan. Begitupun hatinya yang mula diserap nilai-nilai murni dan kehalusan seni Islam mula memberontak setiap kali beliau perlu mempromosikan filem-filem ganas dari Hollywood, muzik rock yang sangat bingit dan kesenian Barat yang baginya terlalu disensasikan dan hilang mutu keasliannya.
Beliau semakin beralih untuk hanya membuat liputan kesenian yang melibatkan dunia Islam. Ini termasuklah Pameran Seni Khat oleh Khatat terkenal Dr. Ahmed Moustafa dari Mesir di Muzium Vatican atas jemputan Pope.
utusan malaysia

Gejala bunuh diri
Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL
MENGAMBIL nyawa sendiri atau bunuh diri adalah tindakan yang salah dalam agama Islam dan juga agama-agama lain. Masalah remaja bunuh diri adalah gejala yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi sukar difahami mengapa. Angkanya meningkat tetapi tidak pula dikongsi.
Untuk mencegah gejala ini dalam kalangan remaja, kita perlu memahami pengaruhnya dalam tingkah laku remaja yang ingin bunuh diri yang mungkin terdiri daripada kehidupan keluarga dalam kepesatan budaya teknologikal, perasaan disisihkan daripada tanggungjawab dewasa, atau ketiadaan kemahiran mengurus hubungan interpersonal. Ini antara sebab yang menyumbang kepada gejala ini.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), gejala bunuh diri adalah punca kematian yang ketiga tertinggi dalam kalangan remaja. Ia dijangka meningkat jika tidak dibendung awal.
Negara seperti Jepun turut mengalami fenomena ini terutama kalangan remaja mereka. Malah, tidak mustahil akan berlaku di Malaysia dan sudah pun ada tetapi masih kecil bilangannya.
Adakah amalan agama yang cetek yang mendorong remaja Islam kita terjebak dalam gejala bunuh diri ini?
Faktor dan ciri-ciri
Kebanyakan remaja daripada budaya dan agama mana pun suka kepada kehidupan mereka, rasa gembira sepanjang masa dan gemar membina jaringan sosial. Mereka mempunyai fikiran positif mengenai perkembangan dan masa depan.
Dalam kepantasan perubahan ini sesetengahnya dapat menyesuaikan diri dan mengalami suasana yang menggembira dan menyeronokkan.
Namun, ada yang tidak berkongsi keseronokan proses keremajaan dan berhadapan dengan penuh ketegangan, kesunyian dan kesedihan.
Mereka datang daripada keluarga bermasalah, masalah kemiskinan, tempat tinggal yang kurang memuaskan dan juga kelemahan personaliti kendiri.
Interpersonal, Keluarga dan Ciri Psikososial
l Kehilangan dan perpisahan Remaja yang terlibat dalam gejala ini lebih cenderung mengalami kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya akibat perpisahan, penceraian atau kematian.
Sesetengah mereka juga mengalami pengalaman dalam putus persahabatan atau percintaan. Dalam kesedihan ini, sangat perlukan kekuatan dan kemahiran menangani merupakan salah satu keperluan dalaman.
l Keluarga Bermasalah dan Masalah Keluarga Kebanyakan remaja yang terjebak dalam gejala ini datang daripada keluarga bermasalah atau mempunyai masalah keluarga.
Sesetengah ibu bapa tidak mempunyai kemahiran keibubapaan, komunikasi, dan disiplin. Hubungan keluarga yang bercirikan kemarahan, tidak stabil emosi dan ketidakterimaan juga boleh menyebabkan tingkah laku merosakkan diri remaja itu sendiri.
l Kurang Kemahiran Komunikasi Kanak-kanak yang membesar dalam keluarga yang bermasalah biasanya datang daripada sistem keluarga yang mempunyai kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi.
Kanak-kanak yang tidak diberi peluang dalam keluarga untuk berkomunikasi atau meluahkan perasaan biasanya akan menyimpan perasaan dan apabila tidak dapat dikawal atau dipikulnya akan membawa kepada ketegangan dan bebanan sehingga menjadikan tingkah laku yang kurang menyenangkan.
l Pencapaian Akademik Kegagalan dalam mencapai keputusan akademik yang baik dan yang diharap boleh membawa kepada gejala bunuh diri.
Akibat ketakutan atau ketidakpuasan hati dan tekanan yang tinggi dengan keputusan telah banyak meragut nyawa kalangan remaja.
Sesetengah remaja yang sentiasa menjadi harapan keluarga atau sekolah tiba-tiba keputusan yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan akan mengambil keputusan yang tidak matang dengan mengambil nyawa sendiri akibat gagal memenuhi harapan tinggi mereka.
l Pandangan worldview Kesan daripada bunuh diri berkluster kadang-kadang membuatkan remaja meniru-meniru gejala ini seperti melihat di Internet atau filem yang merasionalkan tindakan dan keputusan ini.
Atau setengah kefahaman global seperti peperangan, keganasan, ancaman penyakit, jenayah dan kebuluran yang menimpa dunia boleh memberi kesan kepada pemikiran remaja dan dengan tidak dapat mengawal perasaan, kesedihan, kebencian maka kadang-kadang mereka mengambil keputusan sendiri dengan menamatkan riwayat mereka.
Ciri Psikologikal
l Kemurungan Faktor kemurungan adalah penyumbang utama dalam gejala bunuh diri dan juga cubaan bunuh diri. Selain itu, remaja yang merasakan dirinya 'tidak berguna' juga merupakan penunjuk kepada gejala bunuh diri.
l Impulsiviti dan suka kepada cabaran Impulsitiviti merupakan satu tindakan yang meluru dan mengikut gerak hati tanpa berfikir. Madang-kadang desakan dan cabaran dari rakan sebaya dan juga tertarik dengan cara gaya suka kepada cabaran telah menyumbang kepada bunuh diri.
l Kesunyian Kesunyian dan kepinggiran juga antara yang boleh menyumbang kepada gejala bunuh diri kalangan remaja. Kebiasaan remaja ini tidak mempunyai ramai kawan dan suka menjauhkan diri dalam kontak sosial dan aktiviti.
Remaja ini mempunyai masalah bergaul sejak kecil lagi dan amat sensitif dan sekiranya mempunyai masalah dan tidak dapat mengawalnya maka ia boleh membawa kepada cetusan idea membunuh diri.
l Corak Pemikiran Berfikiran yang salah dan kepercayaan yang tidak rasional yang mempunyai kaitan dengan kemurungan dan penghargaan kendiri yang rendah boleh menyebabkan remaja bertindak mengambil nyawanya sendiri.
Sekiranya pemikiran yang salah ini dapat dibendung atau dibetulkan sejak awal lagi kemungkinan dapat membantu. Antara corak pemikiran yang biasa ada pada remaja yang ingin membunuh diri ádalah seperti:
Ketidakupayaan melihat pilihan dalam penyelesaian masalah, cara yang rigid dalam melihat dan bertindak menangani masalah, dan tidak berupaya melihat setiap masalah dan menganggap semua masalah sukar ditangani dan tiada jalan penyelesaian.
l Salah Anggapan Terhadap Bunuh Dirii: Orang yang pernah mencuba bunuh diri akan sentiasa ingin membunuh diri
ii: Setelah krisis bunuh diri dapat diselesaikan remaja berkenaan sudah tidak dalam berisiko untuk membunuh diri
iii: Remaja yang bunuh diri akan meninggalkan nota
iv: Bunuh diri berlaku tanpa amaran
Remaja yang bercakap mengenai bunuh diri tidak akan melakukannya
v: Bunuh diri banyak berlaku di kalangan pendapatan rendah
vi: Remaja yang cuba membunuh diri adalah kurang siuman dan kemurungan
l Tanda dan Amaran Bunuh DiriPerubahan Tingkah LakunMod yang tidak stabil
nPerubahan dari gembira dan interaktif yang positif kepada menarik diri dan negatif
nKurang aktiviti atau mengabaikan hobi/kegemaran yang pada satu ketika dulu menjadi kesukaan
nPerubahan pada corak tidur dan makan (kurang selera makan dan insomnia
nPengambilan dadah atau minuman keras
Mesej LisannHidup sudah tidak berguna lagi
nSemua orang sudah tidak sayang pada dia
n Saya sudah bosan dengan kehidupan ini
nSaya berdoa cepat mati
nCuma satu cara sahaja untuk selesaikan masalah - Mati
nSemua orang akan menyesal lepas aku dah tidak ada lagi
nSaya dah tak lama lagi hidup
nBagaimana dengan kehidupan lepas mati?
KemurungannMengalami tekanan
Kesimpulan
Gejala bunuh diri yang banyak berlaku adalah akibat kesan persekitaran dan juga faktor psikologi remaja itu sendiri, bukannya daripada kaum dan agama lain. Ia berlaku pada remaja Islam kita sendiri.
Keluarga yang bermasalah banyak menyumbang kepada masalah 'tidak menjadinya' anak muda kita, selain kurang berkomunikasi dengan anak juga melebarkan lagi jurang kasih sayang dalam keluarga.
Didikan agama sentiasa diutamakan dalam membina akhlak dan sahsiah anak. Dengan itu ibu bapa perlu menunjukkan contoh akhlak yang baik kepada anak-anak.
utusan malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)