Susunan SITI AINIZA KAMSARI
ROMBONGAN mubaligh yang ingin berdakwah ke Najd, tidak menyangka mereka akan menjadi serangan Amir bin Tufail. Setelah Haram bin Milhan dibunuh anggota rombongan itu kini tinggal 69 orang.
Mereka dikepung segenap penjuru apabila Amir Tufail turut mendapat bantuan anggota kabilah-kabilah yang lain untuk menyerang rombongan itu.
Dikatakan kabilah-kabilah lain itu terdiri daripada Bani Sulaim, Bani Ushayyah, Bani Ri'al dan Bani Zakwan yang dijanjikan upah lumayan jika dapat membantu Amir.
Maka terjadilah pertempuran kecil namun sengit antara mereka dengan jumlah musuh jauh lebih ramai berbanding rombongan mubaligh itu.
Walau jumlah kecil, rombongan pendakwah Islam tetap memberi tentangan hebat. Mereka sama sekali tidak menyerah, kecuali menyerah diri kepada Allah supaya pendirian tidak akan berubah untuk bertindak belot jika semata-mata mahu menyelamatkan diri.
Malangnya, rombongan Islam itu tidak mampu bertahan. Di akhir serangan, hampir kesemuanya syahid.
Hanya dua orang yang terselamat dalam serangan itu iaitu Kaab bin Zaid dan Amir bin Umayyah.
Itupun setelah mereka berpura-pura mati kerana luka parah.
Setelah serangan berakhir dan pihak musuh meninggalkan begitu sahaja jenazah-jenazah para pengikut Rasulullah itu, Kaab dan Amir pun sedaya upaya bangun dan segera menuju ke Madinah bagi memberitahu apa yang terjadi kepada Rasulullah.
Di sebalik kecederaan parah yang ditanggung akibat serangan itu, mereka kuatkan semangat untuk terus bergerak dan akhirnya mereka berjaya sampai kepada Rasulullah.
Tentu sahaja Rasulullah luluh hati mendengar apa yang terjadi. Baginda tidak menyangka begitu buruk nasib yang menimpa para pengikutnya.
Dalam hati baginda mengutuk Abu Barra yang kononnya berjanji bagi memastikan keselamatan rombongan para pendakwah itu.
Yang menambah kekesalan dan kesedihan di hati Rasulullah ialah apabila mengenangkan mereka yang terkorban itu adalah individu-individu Muslim yang terbaik, dan terpilih. Mereka adalah hafiz al-Quran dan yang sangat alim.
Ia ditambah pula dengan jumlah korban yang sebegitu ramai, hampir menyamai jumlah mereka yang terkorban dalam Perang Uhud, iaitu hampir seramai 70 orang.
Jadi, bagaimana baginda tidak sedih dan mengalirkan air mata.
Lalu baginda kemudiannya melakukan doa qunut nazilah selama hampir sebulan supaya mereka yang menyerang para pengikut baginda itu ditimpa kecelakaan, musibah besar atau bala.
Di pihak Abu Barra pula dikatakan dia juga begitu terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa rombongan berkenaan.
Beliau sangat malu dengan Nabi kerana gagal mengotakan janji akan soal keselamatan para ahli rombongan itu.
Tentu sahaja apa sahaja selepas ini, baginda tidak akan mempercayainya lagi.
Abu Barra dikatakan amat sedih dan kesal atas peristiwa Bir Maunah itu (sesetengah memanggil peristiwa ini sebagai Peristiwa Pasukan Al Qurra) sehingga memakan dirinya atau lebih tepat, sehingga membawa kepada kematiannya sendiri.
Abu Barra akhirnya mati kerana rasa malu yang tidak tertanggung itu.
Kematian Abu Barra menyebabkan salah seorang anak lelakinya, Rabiah membalas dendam. Rabiah tahu kematian bapa kesayangannya itu disebabkan oleh tindakan bodoh lagi kejam Amir.
Lalu sebagai anak muda dan anak kepada seorang pahlawan, Rabiah pun terus mencari Amir bagi menuntut bela bagi pihak bapanya. Sebaik sahaja beliau dapat berhadapan dengan Amir yang menyangka Rabiah datang semata-mata untuk melepaskan rindu, lalu dia pun ditikam dengan sebatang tombak dan mati serta merta.
utusan online
Sunday, July 31, 2011
Friday, July 22, 2011
Akhirnya Kutemui Cinta-Mu...
Oleh Zulkarnain Zakaria
Catatan itu berbunyi begini, "… duduklah saya di sudut rumahnya itu berfikir apa yang hendak saya lakukan. Nak peluk Islam, hati berbelah bagi. Kalau tak masuk Islam pula, ustaz itu tak mahu ajar saya mengaji. Kalau tak mengaji, nanti kena pukul dengan ayah. Saya dalam dilema.
"Akhirnya setelah 15 minit berfikir, saya ambil keputusan untuk ikut arahan ustaz itu. Lebih baik peluk Islam daripada kena marah dengan ayah. Ustaz itu ajar saya mengucap... Asyhadualla ilahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadar Rasulullah…
"Sejurus habis mengucap, bagaikan ada sesuatu diturunkan Allah pada saya. Allah cabut segala kerisauan, kekusutan dan kebimbangan daripada hati dan fikiran saya. Fikiran saya jadi lapang, hati saya terlalu tenang, satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum itu. Alhamdulillah, mungkin inilah cinta dan hidayah Allah pada saya. Ketika itu juga saya bertekad akan mempelajari Islam sepenuhnya. Saya akan cari sendiri pengetahuan tentang Islam walaupun tiada orang yang mahu mengajarinya."
Begitulah detik awal kemasukan penyanyi nasyid terkenal, Nazrey Johani, ke dalam agama Islam, kira-kira 30 tahun lalu. Mungkin sebahagian daripada kita tahu, Nazrey adalah saudara baru, namun kebanyakan kita tidak tahu bahawa beliau memeluk Islam akibat dipaksa oleh bapanya.
Rupa-rupanya Nazrey memeluk Islam kerana takut dipukul oleh bapanya itu, yang asalnya adalah penganut taat kepada agama mereka.
Rupa-rupanya juga, selepas menjadi saudara baru, Nazrey sanggup berjalan kaki lebih satu kilometer untuk bersolat dan belajar mengaji di masjid. Kemudian, Nazrey korbankan masa bermainnya dan dalam masa enam bulan sahaja, sudah mampu membaca al-Quran, jauh mengatasi kawan-kawan sebayanya yang memang beragama Islam.
Menarik juga untuk diketahui, hampir setahun Nazrey dan kawan-kawan sekolahnya 'mempermainkan' guru mereka dengan memakai seluar panjang bagi menutup aurat, yang ketika itu tidak dibenarkan pemakaiannya. Akhirnya berkat usaha mereka, pentadbiran sekolah terpaksa 'mengalah' dan pemakaian seluar panjang dibenarkan di sekolah berkenaan.
Anda tidak akan mengetahui kisah menarik ini jika tidak membaca Akhirnya Kutemui Cinta-Mu… lalu aku pun memeluk Islam, sebuah produksi majalah Al Islam. Selain kisah di atas, buku tersebut turut mencatatkan kisah-kisah menarik zaman Nazrey sewaktu masih bersama kumpulan Raihan, hinggakan ada lelaki 'mat saleh' yang memeluk Islam dengan menyanyikan lirik syahadah dalam lagu 'Puji-pujian'.
Kini, Nazrey sedang mencari dana untuk membina maahad tahfiz di kampung halamannya, Ranau, Sabah. Begitulah gigihnya Nazrey selepas memeluk Islam.
Buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu merupakan buku terbaharu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. yang dilancarkan pada 29 Jun lalu. Ia menghimpunkan hampir 30 kisah saudara-saudara baru yang memilih Islam sebagai agama baru mereka.
Selain Nazrey, ia turut menyiarkan cerita pengislaman tokoh-tokoh terkenal seperti pelakon Susan Manen, Johan Abdullah dan Farid Amirul, Iman Wan (pencipta lagu), Satilah Abdullah (ibu penyanyi, Ning Baizura) serta pendakwah terkemuka, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Ustaz Mohd. Farhan Abdullah, Ustaz Abdul Latif Satharan Abdullah, Farhan Tee Abdullah dan Divesh Kumar Danial Kakulal (wartawan penyiaran stesen TV Alhijrah).
Sesiapa sahaja yang membaca buku ini pasti akan berasa insaf dengan dugaan dan pengalaman getir yang dilalui oleh saudara-saudara baru ini. Sebagai contoh, bagaimana Susan Manen terpaksa berdepan dengan halangan keluarga, sokongan bapa yang terlebih dahulu memeluk Islam dan kejadian-kejadian aneh yang makin mendekatkan dirinya kepada agama ini.
Pembaca juga akan berasa hiba dan sebak membaca kisah bagaimana Farid Amirul (memegang watak Inspektor Lim dalam siri TV Gerak Khas) yang menangis sebaik terdengar seruan azan serta membaca surah al-Kauthar dan ad-Dhuha. Kisah pengislaman Ustaz Muhammad Fitri dan Ustaz Farhan pula amat mendebarkan.
Rupa-rupanya, sejak dia dilahirkan lagi, ayah Fitri sudah memberitahu isterinya bahawa apabila besar nanti, dia akan menukar nama bapanya itu kepada Abdullah. Ternyata firasat tersebut menjadi kenyataan.
Walaupun Fitri dididik sehingga menjadi pendakwah besar dalam agama mereka, namun akhirnya beliau memilih Islam selepas melihat kebenaran agama ini. Lalu nama bapanya ditukar kepada Abdullah!
Sanggupkah anda ditembak hanya kerana Islam? Itulah ujian yang dilalui oleh Ustaz Mohd. Farhan, bekas seorang pendakwah sebuah agama lain di Sabah. Dia bukan sahaja dihalau, malah ditembak dengan senapang patah oleh bapanya kerana memeluk Islam. Tetapi tiada siapa menduga, selepas Farhan menamatkan pengajian tahfiz, semua anggota keluarganya dengan mudah turut memeluk Islam. Tidak terkecuali adalah bapanya sendiri yang asalnya merupakan nazir kepada 15 rumah ibadat di Sabah.
Apa yang menarik, melalui buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu juga Ustaz Farhan menceritakan mimpi menginsafkan yang dialaminya hingga menyebabkan hatinya terbuka memilih Islam. Juga bagaimana bapanya tiba-tiba muntah dengan banyaknya selepas meminum air yang telah dibacakan surah Yasin.
Pernahkah anda dengar kisah pengislaman pemain bolasepak Perancis, Frank Ribery, Lauren Booth (adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair), Alexander Litvinenko (bekas perisik Rusia), Loon dan Everlast (penyanyi rap), A. R. Rahman (pencipta lagu Bollywood dan pemenang anugerah Oscar), Diam's (penyanyi rap wanita Perancis), Mike Tyson (juara tinju dunia), Jermaine Jackson (abang kepada Michael Jackson) dan Johann Wolfgang von Goethe (penulis terkenal abad ke 18 Jerman)?
Persoalan benarkah Michael Jackson sudah memeluk Islam turut dijawab oleh Jermaine. Dapatkan buku ini dan anda akan ralit membacanya.
Apa yang menjadikan Akhirnya Kutemui Cinta-Mu ini lebih mantap dan istimewa ialah kerana kisah-kisah tadi diperkukuhkan dengan fakta serta statistik perkembangan terkini Islam di seluruh dunia. Semua ini membangkitkan rasa bangga kepada agama.
Akhirnya Kutemui Cinta-Mu jadi menarik kerana ia dipersembahkan dengan cara yang mudah, ringan serta dekat dengan hati pembaca. Bahasanya santai. Buku ini bersifat terus terang.
Ia tidak menyembunyikan kritikan-kritikan tegas serta panas terhadap masyarakat Islam dan pihak-pihak tertentu yang membiarkan saudara-saudara baru terkontang-kanting.
Ringkasnya, ia merupakan buku istimewa yang membangkitkan perasaan megah kita terhadap Islam.
Dengan harga cuma RM12.90, buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu terlalu murah kalau dibandingkan dengan ketebalannya 212 halaman serta kisah-kisah eksklusif yang dipersembahkannya. Sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku dan majalah berhampiran atau hubungi Bahagian Pemasaran Utusan di 03-89243843 (Hajina) dan 03-89243837 (Siti Rozaida).

Thursday, July 21, 2011
Islam semakin berkembang di dunia Barat
Oleh IBRAHIM ABDULLAH
Kesedaran mendalami Islam lebih menonjol di kalangan mahasiswa di Barat.
PERKEMBANGAN Islam di dunia Barat kebelakangan ini agak pesat. Mengikut kajian, dalam setiap empat warga barat seorang daripadanya adalah Muslim. Bukanlah mustahil bahawa jumlah penduduk Muslim akan terus bertambah dan Islam akan menjadi agama terbesar di dunia suatu masa nanti.
Peningkatan terus menerus itu bukan kerana jumlah penduduk yang makin bertambah di negara-negara Muslim, tapi jumlah mereka yang memeluk Islam terus meningkat.
Ia merupakan satu fenomena yang menonjol terutama selepas serangan terhadap World Trade Center di New York pada 11 September 2001.
Serangan ini yang dikutuk oleh setiap orang terutama umat Muslim, tiba-tiba telah mengarahkan perhatian orang (khususnya warga Barat) kepada Islam.
Orang di Barat selalu bercakap mengenai agama Islam, macam manakah Islam itu, apakah yang dikatakan al-Quran, kewajipan apakah yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimanakah kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam kehidupan hariannya.
Daya tarikan itu secara semula jadi mendorong peningkatan jumlah warga dunia yang berpaling kepada Islam.
Antara perkiraan umum yang terdengar pasca selepas peristiwa 11 September itu adalah: "Serangan ini akan mengubah era sejarah dunia." Nyata ia telah mulai nampak kebenarannya.
Proses kembali kepada nilai-nilai agama dan spiritual yang dialami dunia sejak sekian lama telah mengubah wajah dunia dan berpaling kepada Islam.
Islam di barat berada pada titik perkembangan yang pesat.
Ini dibuktikan oleh laporan-laporan tesis, tulisan sekitar Kedudukan Muslim di Eropah' dan Dialog antara masyarakat Eropah dan umat Muslim'.
Suatu kisah yang ditayangkan oleh NTV News pada 20 Jun 2004 dengan judul Islam adalah agama yang berkembang pesat di Eropah membahas laporan yang dikeluarkan oleh Badan Perisikan Domestik Perancis.
Laporan tersebut menyatakan jumlah orang yang memeluk Islam di negara-negara Barat bertambah terutama pasca serangan 11 September. Di Perancis sahaja ia meningkat sebanyak 30,000 hingga 40,000 pada tahun 2009.
Jumlah umat Islam di Eropah akan meningkat menjadi 20 peratus menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini terdapat 72 juta orang Islam di Turki.
Perangkaan dan kajian menunjukkan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat.
Perangkaan tahun 2008 menunjukkan lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah terdiri daripada kalangan umat Islam.
Philip K. Hitti dalam bukunya Orang Arab: Sejarah Ringkas (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut: "Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelektual pada zaman pertengahan Eropah.
Di antara pertengahan abad kelapan dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Mereka merupakan perantaraan untuk memulih, menambah dan menyebarkan sains dan falsafah yang telah merubah pembaharuan di Eropah Barat."
Pada tahun 2008 direkodkan Rusia mempunyai jumlah orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), Jerman (3.05 juta), Itali (2.4 juta), Belanda (890,000), Sepanyol (550,000), Belgium (380,000), Austria (300,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lainnya yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.
Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25 peratus di Rotterdam dan 24 peratus di Amsterdam (Belanda), 20 peratus di Marseille (Perancis), 17 peratus di Brussels (Belgium), 16 peratus di Bradford (UK), dan 10 peratus di Paris, London dan Copenhagen.
Seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland, Tariq Ramadan dalam tulisannya mengenai peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat, Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya benua itu.
Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali semula ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warganegara Eropah yang beragama Islam.
Sarjana Barat tersohor, John Esposito, yang merupakan Pengasas Majlis Persafahaman Islam - Kristian di Washington, Amerika Syarikat (AS) pula berpendapat, Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika.
Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang pesat di seluruh dunia.
Organisasi Muslim di AS juga memang banyak. Antaranya:
lPersatuann Masyarakat Islam Amerika pengganti Nation of Islam yang lebih dikenali sebagai Black Muslim.Persatuan Masyarakat Islam Amerika Utara pula adalah organisasi Muslim dan perseorangan untuk mewakili Islam.
lLingkaran Islam Amerika Utara adalah kelompok Islam yang tidak memandang kesukuan, terbuka bagi semua dan mandiri. Kelompok ini dibentuk oleh pendatang kulit putih dan Afro Amerika yang masuk Islam. Kelompok ini sedang pesat berkembang yang juga disebut sebagai Muslim muda.
lAmerican Society of Muslim Islamic Supreme Concil of America (Dewan Tertinggi Muslim Amerika) iaitu mewakili ramai Muslim AS. Tujuannya, menyediakan penyelesaian bagi Muslim AS yang berlandaskan hukum Islam dan bekerja keras untuk mengintegrasikan ajaran Islam dalam menyelesaikan isu-isu demi memelihara keyakinan Islam di tengah masyarakat sekular.
Menurut laporan Lembaga Kajian Pew 2007, dua pertiga Muslim AS adalah keturunan asing. Ada antara mereka berhijrah ke AS sejak tahun 1990. Sepertiga daripada Muslim AS adalah penduduk asli yang menganut Islam dan keturunan Afro Amerika.
Sementara itu, New York Times pada 2005 melaporkan lebih ramai orang dari negara-negara Muslim menjadi penduduk AS di mana hampir setiap tahun seramai 96,000 orang menganut Islam berbanding dua dekad sebelumnya.
Dalam pada itu, Pope Benedick XVI khuatir apabila 100,000 orang Jerman turut meninggalkan agama asal mereka untuk memeluk Islam setiap tahun. Lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04 peratus saja orang Kristian yang ke gereja setiap hujung minggu di seluruh dunia.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengadakan siri lawatan ke Eropah dan sempat bertemu Pope Benedick XVI bagi membincangkan persefahaman dan perdamaian antara umat Islam dan Kristian.
Sementara itu, penelitian juga mengungkapkan bahawa dengan meningkat jumlah Muslim di Eropah turut memberi kesan dengan kesedaran untuk menegakkan Islam lebih ketara di kalangan mahasiswa.
Menurut kajian akhbar Perancis Le Monde pada Oktober 2001, dibandingkan data yang dikumpulkan pada tahun 1994, ramai kaum Muslim terus melaksanakan solat, pergi ke masjid dan berpuasa. Kesedaran itu lebih menonjol di kalangan mahasiswa universiti.
Dalam satu laporan yang didasarkan pada media massa asing pada tahun 1999, majalah Turki Aktuel menyatakan: "Para peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam".
Perkembangan Islam juga tercermin dalam perkembangan dialog antara agama baru-baru. Dialog-dialog itu dimulai dengan pernyataan bahawa tiga agama monoteisme (Islam, Yahudi, dan Nasrani) memiliki jejak awal yang sama dan dapat bertemu pada satu titik yang sama.
Dialog-dialog seperti itu amat berhasil membuahkan hubungan yang penting, khususnya antara umat Nasrani dan Muslim.
Dalam al-Quran, Allah SWT memberitahu bahawa kaum Muslim mengajak kaum Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi) untuk bersatu pada satu jejakan yang disepakati bersama. (rujuk surah ali-'Imran ayat 64).
Justeru, ketiga-tiga agama ini berada pada jejak yang sama, mereka semestinya bekerjasama untuk menghapuskan permusuhan, keganasan, peperangan, dan penderitaan yang diakibatkan oleh ideologi-ideologi anti agama.

Sunday, July 17, 2011
Friday, July 15, 2011
Penegasan ke-Esaan Allah
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Surah ini termasuk dalam surah Makiyyah. Ini pendapat Ibn Mas'ud, al-Hasan, Ata', Ikrimah dan Jabir. Mengikut riwayat Ibn Abbas, Qatadah dan al-Dahhak, surah ini termasuk surah Madaniyyah. Ia terdiri daripada empat ayat dan diturunkan selepas surah al-Nas.
Sebab turunnya surah ini
Al-Dahhak meriwayatkan bahawa kaum musyrikin mengirim Amir Ibn al-Tufail menemui Rasulullah SAW lalu Amir berkata kepada baginda: "Engkau telah mencerai-beraikan persatuan kami, mencaci maki sembahan kami, menyalahi agama nenek moyangmu kami, sekiranya engkau fakir, kami sanggup membuatmu kaya, jika engkau gila, kami akan mengubatkanmu.
"Jika engkau cenderung mencintai seorang wanita maka kami akan mengahwinkanmu."
Lalu Rasulullah menjawab: "Aku bukan orang fakir, bukan orang gila, tidak merindukan wanita, aku adalah utusan Allah SWT, aku ajak kamu meninggalkan penyembahan berhala kepada menyembah Allah SWT."
Untuk kali kedua kaum Musyrikin mengutus Amir menemui Rasulullah seraya berkata: "Katakan padanya (Muhammad), jelaskan kepada kami jenis sembahanmu daripada emas atau daripada pereka?"
Lalu Allah SWT turunkan surah ini. Firman Allah SWT: Katakanlah: Dialah Allah, yang Maha Esa.
Perkataan Allah telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam buku Isu Kalimah Allah. Oleh itu, di sini hanya disebutkan tambahan daripada maksud Allah oleh pendapat ulama.
Satu persoalan yang mungkin perlu diberi jawapan adakah lafaz Allah daripada bahasa Arab atau beberapa bahasa Semantik yang mempunyai pertalian dengan bahasa Arab turut menggunakan kalimah Allah ketika merujuk kepada Tuhan seperti Elaha dalam bahasa Aramaic dan Elohim dalam bahasa Ibrani?
Terdapat dua pandangan dalam perbahasan isu ini:
i. Al-Balkhi berkata: "Ia bukan berasal daripada bahasa Arab, tetapi bahasa Ibrani atau Siryani yang telah di Arabkannya menjadi Lahan, maknanya yang mempunyai kudrat."
Ssedangkan al-Alusi pula berkata: "Tiada dalil yang menunjukkan begitu dan tidak membawa ke arah itu, begitu juga penggunaan orang Yahudi dan Kristian bukan menjadi dalil kerana boleh jadi berlaku persamaan bahasa berkenaan dengan ketuhanan."
ii. Mengikut pendapat ulama muktabar bahawa lafaz Allah adalah daripada bahasa Arab. Inilah pendapat Imam al-Syafie, Muhammad Ibn al-Hasan, Imam al-Asy'ari dan ramai sahabatnya, al-Khattabi, Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali, Imam Fakhr al-Razi dan kebanyakan ahli usul dan fikah.
Begitu juga dinukilkan daripada pilihan al-Khalil, Sibawayh, al-Mazini dan Ibn Kisan bahawa lafaz Allah adalah dari bahasa Arab dan nama pada asalnya untuk zat-Nya sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)