Tuesday, January 15, 2013

keunggulan uitm





UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) terus melakar kecemerlangan sebagai pusat pengajian tinggi berprestij dalam bidang keusahawanan apabila diberi anugerah Entrepreneurial University of the Year 2012 (MEA 2012) sempena Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2012 baru-baru ini.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, UiTM menewaskan 15 institusi pengajian tinggi awam lain untuk menjadi universiti pertama menerima anugerah yang julung kali diadakan itu.
Menurutnya, penganugerahan tersebut memberi implikasi besar kepada UiTM terutama dari segi penerimaan majikan terhadap graduan universiti itu dan peruntukan tambahan yang dijanjikan khas kepada MASMED iaitu agensi bertanggungjawab mengerakkan pencapaian kecemerlangan universiti dalam bidang keusahawan.
"Program Keusahawanan MASMED meliputi dua program utama iaitu Pembentukan Usahawan dan Pembudayaan Keusahawanan, ini adalah ke arah melahirkan graduan usahawan dan graduan berciri keusahawanan seperti yang digariskan oleh KPT," katanya ketika ditemui di kampus utama UiTM Shah Alam baru-baru ini.
Kata beliau, antaranya termasuk Program Tunas Mekar yang merupakan program perdana pembentukan usahawan yang telah bermula pada 2005 dan kini sudah memasuki Siri 3 di sembilan negeri melibatkan 232 graduan usahawan mendapat sijil tamat kursus.
Ujar beliau, peratusan graduan yang memulakan perniagaan pada 75 peratus adalah lebih tinggi dari purata 52 peratus untuk Siri 1 dan 2 dan melebihi sasaran 50 peratus yang ditetapkan dan susulan itu, Siri 4 2012/13 akan melatih 490 orang graduan bermula Ogos lalu di seluruh negara dengan bajet RM8.2 juta.
"Kita menghargai sumbangan peruntukkan yang diberikan kerana UiTM merupakan satu-satunya universiti yang dipilih menjalankan program keusahawan graduan perdana ini," katanya.
Selain program Tunas Mekar, kata Sahol, Hamid, UiTM buat pertama kalinya memperkenalkan program pembentukan usahawan graduan lain menggunakan peruntukan KPT termasuk Certified Halal Scientific Executive (CHSEP), program Penbangunan Usahawan Graduan (GEDeP) siri 1 dan 2 serta program Agro-Best.
Ujarnya, setiap program mempunyai ciri-ciri pembelajaran tertentu mengikut objektif seperti latihan praktikal, pembelajaran bahasa Mandarin dan business coaching dan melalui program tersebut, ia terbukti berkesan melahirkan hampir 100 graduan usahawan baru dalam bidang-bidang keusahawanan baru.
Di samping KPT, katanya, program-program tersebut turut membabitkan penyertaan banyak agensi lain seperti Bio-Tech Corp dan Technology Park Malaysia dengan objektif bagi memastikan manfaat bukan sahaja dinikmati oleh graduan semata namun turut memberi faedah kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seluruh negara.
"Perkongsian tiga penjuru ini menjadi model yang sangat efektif dalam pembangunan usahawan yang komprehensif dan dalam memberi peluang kepada graduan usahawan berniaga, semua ruang niaga dalam kampus Shah Alam yang kosong telah ditenderkan kepada graduan Tunas Mekar dan graduan usahawan yang lain,'' katanya.
Selain itu, kata beliau, bagi membudayakan aspek keusahawanan khususnya dalam kalangan kakitangan UiTM khususnya dalam meningkatkan keupayaan kualiti pensyarah, MASMED memperkenalkan latihan khusus bermula di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang disusuli kampus Terangganu, Kelantan dan Pahang seterusnya kampus UiTM lain bermula Januari depan.
Antara latihan yang disediakan termasuklah Achievment Motivation Training, Kurikulum Kembara Usahawan dan Program dan Aktiviti Keusahawanan Pelajar termasuk program Business Coaching dan Program Certified SME Business Counsellor.
"Kami menggerakkan program SME@University Internship yang dijalankan bersama SME Corp untuk membolehkan pelajar menjadi konsultan kepada IKS yang diplih oleh SME Corp termasuk projek konsultansi dengan mempertandingkan produk-produk universiti lain.
"MASMED UiTM juga dilantik sebagai penganjur bersama dengan Yayasan SIFE Malaysia untuk menganjurkan Pertandingan Peringkat Kebangsaan 1Malaysia - Young Entrepreneur Challenge pada 18-20 Julai lalu dan kita memenangi tempat kedua bagi Anugerah Pelaksana Terbaik Program," katanya.
Beliau berkata, antara program lain termasuk Karnival Keusahawanan Serentak 1UiTM 2012 yang dianjurkan buat julung kali Julai dan Oktober lalu, pertandingan akhir BSN-Social Venture Challenge 2012 November lalu dimana pelajar UiTM muncul johan serta memenangi dua award merit lain dengan merangkul wang tunai RM54,000.

utusan online sources

Wednesday, September 19, 2012

dapat sambung belajar

alhamdulillah sudah sekian lama x updated this blog, malas and xde mase, buat mase skrg focus pada pelajaran kerana dapat sambung belajar ke peringkat degree di uitm dungun terengganu kursus BBA (HONS) (MARKETING)

Friday, January 6, 2012

berobat orang kene rasuk

salam...malam tadi lepas isyak, pergilah khususi random kat kolej taming sari dengan fazli dan farez (student uitm segamat part 6) boleh r jumpe dalam 6 orang orang awam....tasykil tuk duduk taklim kat masjid ass syakirin lepas suboh...ada lah 2 3 org bagi azam. dan tasykil untuk keluar di jalan Allah SWT 3 or 1 hari setengah time cuti hari raye cina....semoga ALLAH pilih ana dan semua yang di jumpa tadi....lepas abes khususi. duduk sebentar kat bangku bawah TS sembang sembang dengan Loqman ibrahim. senior uitm johor... famous kot dia.....tengah syok2 duk borak, datang la sorang hamba ALLAh ni minta tolong, katanya ustaz kamuzaman sakit, mintak tolongkan bace yasin daripada kami... terkejut jugak la dengar berita tu....ada r dalam 5 orang student g rumah ustz kamaruzzaman...time sampai tu tengok seorang perempuan tengah baring atas lantai...baru lah aku tahu yang sakit bukannya ustaz, rupanya orag puan tu......pastu ustaz mualakan bace yassin sebanyak 4 or 5 laki kot, aku x berapa ingt time tu, syok ngat bace....sambil bace yasin ustaz bace ayat ayat Al Quran sambil pegang ibu jari kaki pesakit tu. time tu aku duk kat belakang pesakit tu sebab ustaz suruh....debor doh time tu, takut takut kene terkam dengan pesakit tu....mase ustaz bacekan quran TIBA-TIBA memang betul sangkaan aku, pesakit tu tarik kain pelikat aku, nasib baik dok tercabut....nasib baik aku pakai seluor pendek kat dalam....lau x malu lah aku....yang lain tergelak je tengok aku kne tarik kain dengan pesakit tu......geram goh pengalaman pertama aku berada dalam ritual membuang makhluk halus daripada badan manusia ( jin)...upacara tu ambik mase dalam 1jam 15 minit....lepas tu pesakit dengan kuat meracau kene rasuk...aku tmie tu ape lagi, lompat terus duduk atas sofa....hahaha, kelakar betul....lepas tu pesakit puan dah okey.... ALhamdulillah......sebelum balik ustz jamu makan kepok keping dengan air teh O....pastu balik bilik sambung online,,, sampailah sekarang

Wednesday, December 28, 2011

seminggu di kampung bukit tunggal, terengganu

dah lame ak dop update my blog. seminggu di kampung halaman sungguh menarik dan menyeronokkan kerana dapat berjumpe dengan kuaga tersayang. benornye ni cuti mid sem. dapat makan bersama kuage atas gerai baru. abg il wak ... 6ti naik cuti terus ad test ...wat alik buku banyok2 rumoh ingat nok blajo...tapi haram sutir habuk dok sentuh....gitu sokmo setiap sem.