The 21 replicas of monuments:
1. The Dome of the Rock (Qubbah As Sakhrah), Palestine
2. National Mosque, Malaysia
3. The Sacred Mosque (Masjidil Haram), Makkah, Saudi Arabia
4. Al-Hambra Citadel, Granada, Spain
5. Taj Mahal, India
6. Badshahi Mosque, Pakistan
7. Kudus Al-Manar Mosque, Indonesia
8. The Prophet’s Mosque (Al-Nabawi), Medina, Saudi Arabia
9. Great Mosque of Samara, Iraq
10. Kul Sharif Mosque, Kazan City, Russia
11. The Great Mosque of Qairawan, Tunisia
12. Lutfallah Mosque, Iran
13. Agadez Grand Mosque, Nigeria
14. Suleyman Mosque, Turkey
15. Pattani Mosque, Thailand
16. Minaret of Xian, China
17. Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Afghanistan
18. Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei
19. Aleppo Citadel, Syria
20. Kalyan Minaret, Bukhara, Uzbekistan
21. Mohammad Ali Mosque (Alabaster Mosque), Cairo
Wednesday, August 10, 2011
Monday, August 1, 2011
Pantun Puasa Vs Raya..
Makan ketupat dengan lodeh
banyak santan berbuih-buih
Berbuka puasa jangan berlebih
nanti tak larat pergi Terawih
Bila nak raya tersa suka
sukanya hati tidak terkira
usah mengumpat usah mengata
Puasa dibuat sia-sia belaka
Buat biskut berpeti-peti
Rasabya letih tidak terperi
jangan reka bom sendiri
tak menjadi yang hilang jari
Berhati-hati di jalan raya
Agar tak de yang hilang nyawa
tak usah beradu spa yang terrer
nanti dapat rumah bertiang dua
Balik kampung suka ria
untuk bertemu sanak saudara
berbelanja sampai tak ingat dunia
lepas raya melopong di tangga
Bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal tiba kita beraya
jangan membazir bila beraya
banyak bersedekah ada baiknya
Habis duit pening kepala
pasal raya siap sedia
lepas raya bagai nak gila
pajak gadai teman setia...
anak ikan berenang-renang,
berenang2 di dalam kolam,
bila puasa x cukup sebulan,
kalau beraya uh!!cukup sebulan.
itik dan arnab main lumba lari,
datang c katak masuk port,
wahai cik gayah aper class warna ungu,
lbih baik warna taik ayam kelabu.
memerang joging di tepi longkang,
sambil joging makan aiskrim,
wahai kawan2 mari beramai2,
sudi2 la dtg umah kamik.
Kuih bangkit kuih baulu
Sedap lg kuih semprit
Abg Hrun tngk udah b'bulu
Bila Gayah terkepit2
Badak mlompat terkejut lintah bulan
Jatuh longkang kn tarik
Bln Ramadan dh separuh bulan
Ko masih xserik2..
banyak santan berbuih-buih
Berbuka puasa jangan berlebih
nanti tak larat pergi Terawih
Bila nak raya tersa suka
sukanya hati tidak terkira
usah mengumpat usah mengata
Puasa dibuat sia-sia belaka
Buat biskut berpeti-peti
Rasabya letih tidak terperi
jangan reka bom sendiri
tak menjadi yang hilang jari
Berhati-hati di jalan raya
Agar tak de yang hilang nyawa
tak usah beradu spa yang terrer
nanti dapat rumah bertiang dua
Balik kampung suka ria
untuk bertemu sanak saudara
berbelanja sampai tak ingat dunia
lepas raya melopong di tangga
Bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal tiba kita beraya
jangan membazir bila beraya
banyak bersedekah ada baiknya
Habis duit pening kepala
pasal raya siap sedia
lepas raya bagai nak gila
pajak gadai teman setia...
anak ikan berenang-renang,
berenang2 di dalam kolam,
bila puasa x cukup sebulan,
kalau beraya uh!!cukup sebulan.
itik dan arnab main lumba lari,
datang c katak masuk port,
wahai cik gayah aper class warna ungu,
lbih baik warna taik ayam kelabu.
memerang joging di tepi longkang,
sambil joging makan aiskrim,
wahai kawan2 mari beramai2,
sudi2 la dtg umah kamik.
Kuih bangkit kuih baulu
Sedap lg kuih semprit
Abg Hrun tngk udah b'bulu
Bila Gayah terkepit2
Badak mlompat terkejut lintah bulan
Jatuh longkang kn tarik
Bln Ramadan dh separuh bulan
Ko masih xserik2..
selamat menyambut ramadhan al mubarak
assalamualaikum semua teman2, ape khabar? ana disini dah lame tak taip blog ni, asyik copy paste jew......... bukan ape malas btul nak taip, lambat, di kesempatan ini ana nak ucapkan selamat menjalani ibadah puase tahun 2011. semoga tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun tahun sebelum ini.sooooooooooooo, happy fasting to all muslim people around the world
Sunday, July 31, 2011
Mubaligh Islam disambut dengan perang
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
ROMBONGAN mubaligh yang ingin berdakwah ke Najd, tidak menyangka mereka akan menjadi serangan Amir bin Tufail. Setelah Haram bin Milhan dibunuh anggota rombongan itu kini tinggal 69 orang.
Mereka dikepung segenap penjuru apabila Amir Tufail turut mendapat bantuan anggota kabilah-kabilah yang lain untuk menyerang rombongan itu.
Dikatakan kabilah-kabilah lain itu terdiri daripada Bani Sulaim, Bani Ushayyah, Bani Ri'al dan Bani Zakwan yang dijanjikan upah lumayan jika dapat membantu Amir.
Maka terjadilah pertempuran kecil namun sengit antara mereka dengan jumlah musuh jauh lebih ramai berbanding rombongan mubaligh itu.
Walau jumlah kecil, rombongan pendakwah Islam tetap memberi tentangan hebat. Mereka sama sekali tidak menyerah, kecuali menyerah diri kepada Allah supaya pendirian tidak akan berubah untuk bertindak belot jika semata-mata mahu menyelamatkan diri.
Malangnya, rombongan Islam itu tidak mampu bertahan. Di akhir serangan, hampir kesemuanya syahid.
Hanya dua orang yang terselamat dalam serangan itu iaitu Kaab bin Zaid dan Amir bin Umayyah.
Itupun setelah mereka berpura-pura mati kerana luka parah.
Setelah serangan berakhir dan pihak musuh meninggalkan begitu sahaja jenazah-jenazah para pengikut Rasulullah itu, Kaab dan Amir pun sedaya upaya bangun dan segera menuju ke Madinah bagi memberitahu apa yang terjadi kepada Rasulullah.
Di sebalik kecederaan parah yang ditanggung akibat serangan itu, mereka kuatkan semangat untuk terus bergerak dan akhirnya mereka berjaya sampai kepada Rasulullah.
Tentu sahaja Rasulullah luluh hati mendengar apa yang terjadi. Baginda tidak menyangka begitu buruk nasib yang menimpa para pengikutnya.
Dalam hati baginda mengutuk Abu Barra yang kononnya berjanji bagi memastikan keselamatan rombongan para pendakwah itu.
Yang menambah kekesalan dan kesedihan di hati Rasulullah ialah apabila mengenangkan mereka yang terkorban itu adalah individu-individu Muslim yang terbaik, dan terpilih. Mereka adalah hafiz al-Quran dan yang sangat alim.
Ia ditambah pula dengan jumlah korban yang sebegitu ramai, hampir menyamai jumlah mereka yang terkorban dalam Perang Uhud, iaitu hampir seramai 70 orang.
Jadi, bagaimana baginda tidak sedih dan mengalirkan air mata.
Lalu baginda kemudiannya melakukan doa qunut nazilah selama hampir sebulan supaya mereka yang menyerang para pengikut baginda itu ditimpa kecelakaan, musibah besar atau bala.
Di pihak Abu Barra pula dikatakan dia juga begitu terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa rombongan berkenaan.
Beliau sangat malu dengan Nabi kerana gagal mengotakan janji akan soal keselamatan para ahli rombongan itu.
Tentu sahaja apa sahaja selepas ini, baginda tidak akan mempercayainya lagi.
Abu Barra dikatakan amat sedih dan kesal atas peristiwa Bir Maunah itu (sesetengah memanggil peristiwa ini sebagai Peristiwa Pasukan Al Qurra) sehingga memakan dirinya atau lebih tepat, sehingga membawa kepada kematiannya sendiri.
Abu Barra akhirnya mati kerana rasa malu yang tidak tertanggung itu.
Kematian Abu Barra menyebabkan salah seorang anak lelakinya, Rabiah membalas dendam. Rabiah tahu kematian bapa kesayangannya itu disebabkan oleh tindakan bodoh lagi kejam Amir.
Lalu sebagai anak muda dan anak kepada seorang pahlawan, Rabiah pun terus mencari Amir bagi menuntut bela bagi pihak bapanya. Sebaik sahaja beliau dapat berhadapan dengan Amir yang menyangka Rabiah datang semata-mata untuk melepaskan rindu, lalu dia pun ditikam dengan sebatang tombak dan mati serta merta.
utusan online

Friday, July 22, 2011
Akhirnya Kutemui Cinta-Mu...
Oleh Zulkarnain Zakaria
Catatan itu berbunyi begini, "… duduklah saya di sudut rumahnya itu berfikir apa yang hendak saya lakukan. Nak peluk Islam, hati berbelah bagi. Kalau tak masuk Islam pula, ustaz itu tak mahu ajar saya mengaji. Kalau tak mengaji, nanti kena pukul dengan ayah. Saya dalam dilema.
"Akhirnya setelah 15 minit berfikir, saya ambil keputusan untuk ikut arahan ustaz itu. Lebih baik peluk Islam daripada kena marah dengan ayah. Ustaz itu ajar saya mengucap... Asyhadualla ilahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadar Rasulullah…
"Sejurus habis mengucap, bagaikan ada sesuatu diturunkan Allah pada saya. Allah cabut segala kerisauan, kekusutan dan kebimbangan daripada hati dan fikiran saya. Fikiran saya jadi lapang, hati saya terlalu tenang, satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum itu. Alhamdulillah, mungkin inilah cinta dan hidayah Allah pada saya. Ketika itu juga saya bertekad akan mempelajari Islam sepenuhnya. Saya akan cari sendiri pengetahuan tentang Islam walaupun tiada orang yang mahu mengajarinya."
Begitulah detik awal kemasukan penyanyi nasyid terkenal, Nazrey Johani, ke dalam agama Islam, kira-kira 30 tahun lalu. Mungkin sebahagian daripada kita tahu, Nazrey adalah saudara baru, namun kebanyakan kita tidak tahu bahawa beliau memeluk Islam akibat dipaksa oleh bapanya.
Rupa-rupanya Nazrey memeluk Islam kerana takut dipukul oleh bapanya itu, yang asalnya adalah penganut taat kepada agama mereka.
Rupa-rupanya juga, selepas menjadi saudara baru, Nazrey sanggup berjalan kaki lebih satu kilometer untuk bersolat dan belajar mengaji di masjid. Kemudian, Nazrey korbankan masa bermainnya dan dalam masa enam bulan sahaja, sudah mampu membaca al-Quran, jauh mengatasi kawan-kawan sebayanya yang memang beragama Islam.
Menarik juga untuk diketahui, hampir setahun Nazrey dan kawan-kawan sekolahnya 'mempermainkan' guru mereka dengan memakai seluar panjang bagi menutup aurat, yang ketika itu tidak dibenarkan pemakaiannya. Akhirnya berkat usaha mereka, pentadbiran sekolah terpaksa 'mengalah' dan pemakaian seluar panjang dibenarkan di sekolah berkenaan.
Anda tidak akan mengetahui kisah menarik ini jika tidak membaca Akhirnya Kutemui Cinta-Mu… lalu aku pun memeluk Islam, sebuah produksi majalah Al Islam. Selain kisah di atas, buku tersebut turut mencatatkan kisah-kisah menarik zaman Nazrey sewaktu masih bersama kumpulan Raihan, hinggakan ada lelaki 'mat saleh' yang memeluk Islam dengan menyanyikan lirik syahadah dalam lagu 'Puji-pujian'.
Kini, Nazrey sedang mencari dana untuk membina maahad tahfiz di kampung halamannya, Ranau, Sabah. Begitulah gigihnya Nazrey selepas memeluk Islam.
Buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu merupakan buku terbaharu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. yang dilancarkan pada 29 Jun lalu. Ia menghimpunkan hampir 30 kisah saudara-saudara baru yang memilih Islam sebagai agama baru mereka.
Selain Nazrey, ia turut menyiarkan cerita pengislaman tokoh-tokoh terkenal seperti pelakon Susan Manen, Johan Abdullah dan Farid Amirul, Iman Wan (pencipta lagu), Satilah Abdullah (ibu penyanyi, Ning Baizura) serta pendakwah terkemuka, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Ustaz Mohd. Farhan Abdullah, Ustaz Abdul Latif Satharan Abdullah, Farhan Tee Abdullah dan Divesh Kumar Danial Kakulal (wartawan penyiaran stesen TV Alhijrah).
Sesiapa sahaja yang membaca buku ini pasti akan berasa insaf dengan dugaan dan pengalaman getir yang dilalui oleh saudara-saudara baru ini. Sebagai contoh, bagaimana Susan Manen terpaksa berdepan dengan halangan keluarga, sokongan bapa yang terlebih dahulu memeluk Islam dan kejadian-kejadian aneh yang makin mendekatkan dirinya kepada agama ini.
Pembaca juga akan berasa hiba dan sebak membaca kisah bagaimana Farid Amirul (memegang watak Inspektor Lim dalam siri TV Gerak Khas) yang menangis sebaik terdengar seruan azan serta membaca surah al-Kauthar dan ad-Dhuha. Kisah pengislaman Ustaz Muhammad Fitri dan Ustaz Farhan pula amat mendebarkan.
Rupa-rupanya, sejak dia dilahirkan lagi, ayah Fitri sudah memberitahu isterinya bahawa apabila besar nanti, dia akan menukar nama bapanya itu kepada Abdullah. Ternyata firasat tersebut menjadi kenyataan.
Walaupun Fitri dididik sehingga menjadi pendakwah besar dalam agama mereka, namun akhirnya beliau memilih Islam selepas melihat kebenaran agama ini. Lalu nama bapanya ditukar kepada Abdullah!
Sanggupkah anda ditembak hanya kerana Islam? Itulah ujian yang dilalui oleh Ustaz Mohd. Farhan, bekas seorang pendakwah sebuah agama lain di Sabah. Dia bukan sahaja dihalau, malah ditembak dengan senapang patah oleh bapanya kerana memeluk Islam. Tetapi tiada siapa menduga, selepas Farhan menamatkan pengajian tahfiz, semua anggota keluarganya dengan mudah turut memeluk Islam. Tidak terkecuali adalah bapanya sendiri yang asalnya merupakan nazir kepada 15 rumah ibadat di Sabah.
Apa yang menarik, melalui buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu juga Ustaz Farhan menceritakan mimpi menginsafkan yang dialaminya hingga menyebabkan hatinya terbuka memilih Islam. Juga bagaimana bapanya tiba-tiba muntah dengan banyaknya selepas meminum air yang telah dibacakan surah Yasin.
Pernahkah anda dengar kisah pengislaman pemain bolasepak Perancis, Frank Ribery, Lauren Booth (adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair), Alexander Litvinenko (bekas perisik Rusia), Loon dan Everlast (penyanyi rap), A. R. Rahman (pencipta lagu Bollywood dan pemenang anugerah Oscar), Diam's (penyanyi rap wanita Perancis), Mike Tyson (juara tinju dunia), Jermaine Jackson (abang kepada Michael Jackson) dan Johann Wolfgang von Goethe (penulis terkenal abad ke 18 Jerman)?
Persoalan benarkah Michael Jackson sudah memeluk Islam turut dijawab oleh Jermaine. Dapatkan buku ini dan anda akan ralit membacanya.
Apa yang menjadikan Akhirnya Kutemui Cinta-Mu ini lebih mantap dan istimewa ialah kerana kisah-kisah tadi diperkukuhkan dengan fakta serta statistik perkembangan terkini Islam di seluruh dunia. Semua ini membangkitkan rasa bangga kepada agama.
Akhirnya Kutemui Cinta-Mu jadi menarik kerana ia dipersembahkan dengan cara yang mudah, ringan serta dekat dengan hati pembaca. Bahasanya santai. Buku ini bersifat terus terang.
Ia tidak menyembunyikan kritikan-kritikan tegas serta panas terhadap masyarakat Islam dan pihak-pihak tertentu yang membiarkan saudara-saudara baru terkontang-kanting.
Ringkasnya, ia merupakan buku istimewa yang membangkitkan perasaan megah kita terhadap Islam.
Dengan harga cuma RM12.90, buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu terlalu murah kalau dibandingkan dengan ketebalannya 212 halaman serta kisah-kisah eksklusif yang dipersembahkannya. Sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku dan majalah berhampiran atau hubungi Bahagian Pemasaran Utusan di 03-89243843 (Hajina) dan 03-89243837 (Siti Rozaida).

Thursday, July 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)