Wednesday, January 19, 2011

Hakikat ilmu dan kehidupan

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Ilmu adalah intipati yang terpenting dalam pembangunan insan, apatah lagi dalam mengesahkan ibadah kepada yang Maha Esa. Tambahan daripada itu ia sejajar dengan matlamat Islam yang membudayakan iqra' berdasarkan ayat yang pertama diturunkan di Gua Hira'.

Pada ruangan kali ini penulis ingin mengajak sedikit perbincangan mengenai hakikat ilmu dan kehidupan yang dipetik daripada kitab Muhktasar Minhaj al-Qasidin, karya Ibn Qudamah al-Maqdisi.

Ia adalah perbincangan yang berkisar berkenaan dengan hakikat ilmu dan kehidupan antara seorang guru yang bernama Syaqiq al-Balkhi dan muridnya, Hatim al-Asam.

Sheikh Syaqiq al-Balkhi bertanya kepada muridnya Hatim al-Asam: "Sudah berapa lama awak belajar denganku?" Jawab Hatim: "Tiga puluh tiga tahun, guru".

Tanya Syaqiq: "Berapa banyak ilmu yang kamu petik?" Jawab Hatim: "Hanya lapan masalah sahaja". Terkejutlah gurunya seraya berkata: "Tiga puluh tiga tahun hanya lapan masalah?"

Jawab Hatim: "Benar guru. Saya tidak berdusta". Gurunya, Syaqiq berkata: "Sila sebutkan lapan masalah tersebut".

utusan malaysia online

No comments:

Post a Comment