Wednesday, January 12, 2011

Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku (11 januari 2011)

Kejadian berlaku Ketika aku berada di rumah kawan karib iaitu luqman Ibrahim. Yang mana pada petang itu aku sedang bermain badminton dengan adiknya iaitu yahya atau nama panggilannya mail dengan seronoknya di luar rumah sambil diperhatikan oleh sehsalim (adik yahya) yang sedang khusyuk bermain game dalam henset aku punya.....pukulan demi pukulan antara kami berlaku, kami bermain dengan begitu bersungguh seperti dalam perlawanan super series Malaysia....heheeheheheh
Ternyata permainan yahya begitu mengagumkan aku walaupun dia baru darjah 6. Setiap pukulannya sungguh tajam sehingga kadang kala aku tidak dapat untuk mengambil bola darinya. Bakat yang ada pada dia sungguh istimewa dan aku yakin suatu hari nanti dia akan dapat menggantikan kedudukan lee chong wei selaku pemain terbaik dunia dalam hidupnya, heheheh insyaAllah kalau di izinkan Allah.
Diringkaskan cerita, selepas kami selesai bermain badminton, kami terus masuk ke rumah kerana hari sudah malam.dia terus mencapai tuala mandi dan terus ke bilik air begitu juga dengan aku. Selepas saja selesai mandi dia terus memakai baju melayu yang berwarna purple yang sungguh cantik untuk ke surau bagi melaksanakan solat maghrib, aku sungguh kagum dengannya kerana sentiasa untuk solat di surau lebih-lebih lagi sebelum masuk waktu dia sudah berangkat ke surau.
Sebelum dia ke surau dia telah mengajak aku pergi bersama-samanya. Aku ketika itu, baru sudah selesai mandi dan aku menyuruhnya untuk pergi dahulu. Tanpa membuang masa dia terus keluar rumah untuk ke surau yang berdekatan. Tiba-tiba.........................................
Aduhhhhhhhhhhhh, arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, sakitttttttttttttttttttttttttt, sakitttttttttttttttt makkkkkkkkkk.
Aku ketika itu tidak tahu apa yang berlaku di luar rumah, aku ingatkan adik dia menangis kerana dimarahi oleh maknya yang baru pulang dari Bandar, aku biarkan sahaja jeritan itu, suaranya semakin kuat menahan kesakitan yang dialaminya, terkejuk aku apabila aku mendapati kaki kanan dia (mail) berdarah dengan banyaknya sehingga membasahi seluar melayunya. Aku begitu panic tidak tahu untuk membuat apa-apa. Mujurlah ketika itu ada maknya dan abangnya. Maknya telah menyapuka sejenis krim ke atas luka itu iaitu Allano Amway Product bagi mengelakkan pendarahan yang banyak.
Ternyata luka dia terlalu dalam sehingga terpaksa membawanya ke klinik berdekatan iaitu klinik Lau di segamat baru, Bandar putra. Sampai sahaja di klinik jururawat terus membawanya ke wad kecemasan bersama maknya. Menurut kenyataan doctor,dia terpaksa menjahit luka mail kerana terlalu dalam. Emaknya setuju asalkan anaknya selamat. Aku ketika itu berada di wad menunggu,, aku dapat merasakan kesakitan yang dialaminya melalui jeritan yang sungguh kuat sehingga memeranjatkan pesakit-pesakit di luar wad menunggu.
Akhirnya ayahnya datang ke klinik kerana semasa kejadian ayahnya berada di pejabat. Ayahnya sempat menanyakan apa yang telah berlaku terhadap anaknya kepada aku, kemudian aku ceritakan kepada ayahnya bahawa mail telah jatuh longkong sehingga serpihan kayu patah telah memcucuk lututnya.
Walau bagaimanapun, operation berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 20 minit. Aku dan abangnya telah menghantar mail pulang ke rumah setelah selesai operation sementara mak dan ayahnya sedang menguruskan bayaran bil serta mengambil ubat di kaunter ubat. Sampai sahaja di rumah mail terus tido.

1 comment: